Monday, June 22, 2009

Tahniah SMK Buyon Adil

Tahniah diucapkan kepada SMK Buyong Adil atas kejayaan dalam pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Setia 2009 baru-baru ini, tak sangka dengan penyertaan sulong SMKBA telah menjadi johan dan telah menundukan sekolah menengah King Edward VII dimana sekolah tersebut merupakan johan tahun lepas,kini telah jatuh ke tempat kedua...ape pun cuba lagi tahun hadapan...hehehehehe

Tuesday, June 16, 2009

Tips 2.

baik lah ni tips kedua bagi pertandingan sketsa Rukun Negara, para peserta perlu mempunyai gaya dalam melakonkan watak masing-masing dan disini saya cadangkan para peserta perlu ALL OUT dan jgn simpan bakat2 yang ada, para peserta perlu mengambilkira soal masa yang diperuntukkan kepada peserta, disini soal masa saya cadangkan jgn kurang dari masa yang diperuntukan biar lebih tapi jgn melebihi 5 minit sekiranya lebih maka markah akan dipotong,heheheh peralatan untuk sketsa mestilah menarik dan membantu dalam lakonan anda.

sementara itu para peserta perlu menjaga tatasusila berpakaian dan nilai2 murni semasa mempersembahkan sketsa, dari segi tajuk yang dibawa pula, pengarah sketsa perlu mempunyai pemikiran yang jauh dan berfikir dari luar kotak pemikiran, jangan tiru idea2 dalam filem atau drama2, kerana ini boleh mengurangkan markah. maksud saya "berfikir dari luar kotak pemikiran" ialah pengarah sketsa perlu membuat satu jalan cerita yang menarik dimana idea tersebut belum lagi digunapakai oleh mana-mana pihak, seperti contoh "Kepercayaan Kepada Tuhan" pengarah boleh membuat satu jalan cerita mengenai pekerja yang bekerja di salah sebuah syarikat dimana beliau tidak melakukan ibadat dan beliau tidak menjadikan pekerjaan beliau sebagai satu ibadat..itu cotoh k...jgn plak nak tiru idea nie...hehehehe..

ape pun all the best..

Saturday, June 13, 2009

Tips 1. Pertandingan Sketsa Rukun Negara Negeri Perak

salam sejahtera semua....

fuh dah lame rasanya saya x on9 blog nie rasanya start habis PRK Bukit Gantang kot..ape pun kita tinggalkan dunia politik dan hari nie saya nak bagi tips kepada sekolah-sekolah yang ingin menyertai Pertandingan Sketsa Rukun Negara JAPEN..Al-maklumlah saya pernah berkhimad dan menjadi urus setia pertandingan
tahun sudah..hehehe dimana tahun sudah dijuarai oleh SMK King Edward..heheh..1st syarat-syarat pertandingan..rasanya semua dah sedia maklum, ok kepada peserta mewakili sekolah masing-masing pastikan semua yang ada terlibat dan berperanan serta memegang watak, jangan ada yang turut serta tapi jadi batu, x bercakap,kalau semua peserta yang terlibat memainkan peranan masing2 dan x jadi batu-ada markah disitu..

seterusnya, suara mesti jelas dan bahasa yang digunakan adalah bahasa baku, kalau tersasul sikit-sikit dapat di maafkan- ada markah dari segi bahasa...idea??haa yang nie saya nak tekankan coz seperti tahun sudah idea sekolah yang mengambil bahagian semua hampir sama saya harap tahun ini idea lebih berkembang dan tidak terlalu membosankan, haaa ni satu lagi unsur-unsur lawak perlu ada tapi jangan kerap coz nanti jadik pak lawak pulak atas stage tu, k lah dah penat nie, kalau ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya kat bahagian Ulasan bawah tu...

sekian