Friday, July 17, 2009

Kisah Raja Iblis Mengadap Rasullullah S.A.W

KISAH raja iblis MENGADAP BAGINDA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali daripada penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan menyuruh raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.
bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah S.A.W. serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat Baginda. Malaikat menyatakan Titah Allah SWT kepada raja iblis :

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah S.A.W. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras

Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah S.A.W. dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya
serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah S.A.W.. iblis pun bertanya :-

Yaa Rasulullah, mengapakah Tuan Hamba tidak menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah SWT?

Maka sabda Baginda S.A.W. :-

Hai aduwullah musuh Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan helahmu? Patutkah engkau dengan urusanmu itu hendak menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Allah Adam A.S. sehingga terkeluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau serta Nabi Allah Ayub A.S. engkau tipu asap racun semasa baginda sujud didalam solatnya hingga begitu lama baginda menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan Nabi Allah Daud A.S. dengan perempuan pahlawan Urya serta Nabi Allah Sulaiman A.S. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya untuk melarikan cincin baginda; demikian juga beberapa Anbiya A.S.W.S serta para ulama yang telah menanggung kesengsaraan dan penganiayaan oleh perbuatan mu yang khianat. Hai iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan Azza Wajalla. Hanya salam engkau sahaja aku tidak ingin menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini terlaknat serta telah ditentukan kepada engkau kedalam neraka yang amat keras bagi menyiksa dirimu. Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah iblis yang menjadi raja segala syaitan telah datang dalam bentuk penyamaran. Apakah tujuan engkau datang mengadapku ini?

Maka sembah iblis :

Ya Nabi Allah, janganlah Tuan Hamba murka. Demi sesungguhnya, Tuan Hambalah Nabi yang terakhir lagi mulia dan kekasih Allah S.W.T. maka dapatlah Tuan Hamba mengenali hamba. Ya Nabi Allah, tujuan kedatangan hamba ke mari ialah dengan keizinan Tuhan Azza Wajalla. Allah SWT telah mengutuskan malaikatNya dengan Titah supaya hamba datang mengadap ke hadhirat Tuan Hamba. Ini supaya Tuan Hamba dapat bertanyakan apa juga persoalan mengenai keadaan umat Tuan Hamba. Hamba sedia menkhabarkan secara terus-terang mengenai tipu daya hamba di atas sekelian manusia bermula daripada zaman Nabi Allah Adam A.S. sehinggalah kepada zaman yang akan datang selepas zaman Tuan Hamba. Mereka yang hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya mereka binasa dengan tipu daya hamba yang amat halus.

Ya Nabi Allah, setiap pertanyaan Tuan Hamba akan hamba jawab satu persatu dengan sebenar-benarnya tanpa sembunyi.

Maka raja iblis pun bersumpah dengan nama Tuhan dan berkata :

Ya Nabi Allah, sekiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun, nescaya hancur-leburlah diri hamba terbakar menjadi abu

Mendengarkan pengakuan Raja iblis dan sumpahnya, maka Rasulullah S.A.W. berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan raja iblis dengan disaksikan oleh sekelian sahabat yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekelian umat hingga kemudian hari..















DIALOG

RASULULLAH S.A.W
: Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?

raja iblis
: Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar daripada segala seteru hamba di muka bumi ini.

Maka Rasulullah S.A.W. merenung wajah raja iblis menyebabkan iblis menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda.

raja iblis
: Ya Nabi Allah, hamba mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwan bersekali dengan suara-suara yang tepat. Hamba ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai Tuan Hamba kerana jika hamba melakukan yang demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu .

raja iblis
: Hamba bersungguh-sungguh merentap iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir ialah kerana Tuan Hamba bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan hamba menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Hamba tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Hamba berharap mereka akan mauk ke neraka bersama-sama dengan hamba serta kekal di dalamnya buat selama-lamanya

RASULULLAH S.A.W
: Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?

raja iblis
: Ya Nabi Allah, hamba goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan-minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka hamba akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu hamba hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, hamba akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang.

RASULULLAH S.A.W:
Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?

RASULULLAH S.A.W:
Hai laknatuLlah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?

raja iblis
: Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan hamba melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan Hamba juga sedia maklum bahawa hamba pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan hamba telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Hamba pun mendiami tempat hamba dengan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.
Tiba-tiba datang Firman Allah SWT kepada hamba sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka hamba membantah kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan hamba dan sekelian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali hamba seorang enggan bersujud dan hamba telah mengingkari hukumNya. Maka hamba dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya hamba sehingga Hari Qiamat. Wajah hamba yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Hamba sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad-dengki hamba menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya hamba telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami-isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun hamba masih tidak berpuas hati sehingga hamba dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hinggalah ke Hari Qiamat. Tetapi Tuan Hamba telah menghalang pekerjaan hamba dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum Tuan Hamba diputerakan ke dalam dunia ini, hamba bersama-sama bala tentera hamba mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut. Tetapi apabila Tuan Hamba zahir ke alam dunia ini, maka hamba tidak dizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan hamba tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat Tuan Hamba. Ramai malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika hamba berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera hamba daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Hamba dan bala tentera hamba amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula Tuan Hamba dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekelian raja-raja dan di khalayak ramai.

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?"

raja iblis :
Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"

raja iblis
: "Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu, hamba menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

RASULULLAH S.A.W:
"Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis
: "Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah, maka terbakarlah tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis
: "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis
: "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?

raja iblis
: "Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat Tuan Hamba adalah sebesar-besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawan mereka dan tidak ada satu pun tipudaya hamba dapat memasuki mereka, kerana Tuan Hamba pernah berkata Sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah, sekelian para sahabat Tuan Hamba sangat taat mengerjakan perintah Tuan Hamba lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat Tuan Hamba kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah R.A. itu semasa sebelum beliau bersama Tuan Hamba pun, hamba gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi Tuan Hamba. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran Tuan Hamba sehingga beliau telah menjadi wazirul a zam dan Tuan Hamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertua Tuan Hamba dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah R.A yang sangat hafiz Hadis-Hadis Tuan Hamba. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Umar Al-Khattab R.A., hamba tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat Tuan Hamba. Jika hamba terpandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi Tuan Hamba pernah bersabda, Jikalaulah ada lagi Nabi selepas aku, nescaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar Tuan Hamba ke atasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk . Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat hamba hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu Tuan Hamba sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Tuan Hamba telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A., hamba sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Tuan Hamba pernah bersabda, Akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu tuan hamba, maka terlebihlah ngeri hamba kepadanya.

RASULULLAH S.A.W:
"Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?

raja iblis
: "Adalah umat Tuan Hamba ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril A.S., Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat (2) Umat Tuan Hamba itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat Tuan Hamba itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah hamba kepada mereka (umat ke 3) lalu hamba masuk ke dalam tubuh mereka, hamba putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, hamba tarik ke mana (sahaja) sesuka hati hamba, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, hamba goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (hamba) lupakan mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian.

RASULULLAH S.A.W:
"Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?

raja iblis
: "Orang-orang yang meringankan syari at Tuan Hamba dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam.

RASULULLAH S.A.W:
"Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?

raja iblis
: "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.

RASULULLAH S.A.W:
"Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?
raja iblis
: "Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uu dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi )

Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah hamba daripadanya

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?

raja iblis
: "Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah hamba daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) hambalah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, hambalah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang.

RASULULLAH S.A.W:
"Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?

raja iblis
: "Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka ghaafirudzzanbil aziim

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

raja iblis
: "Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi) tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah saudaramu?

raja iblis
: "Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.

(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?

raja iblis
: "Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam.

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?

raja iblis
: "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah

(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?

raja iblis
: "Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu (menjaga) makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda Bermula syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?

raja iblis
: "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya.



RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis
: "Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalaamu alaikum waroh matulLaaHiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan- dia dan saudaranya - apabila berpisah keduanya

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?

raja iblis
: "Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?

raja iblis
: "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), hamba hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta hamba panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya.

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Di manakah kediamanmu?

raja iblis
: "(hamba tinggal) Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan) Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat Tuan Hamba telah hamba pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.



RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?

raja iblis
: "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?

raja iblis
: "Hamba hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ.

RASULULLAH S.A.W:
"Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai

raja iblis
: "Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untuk hamba merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan cuba
merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu

(Sabda Rasulullah S.A.W. Na umul aliimi khairun min ibaadatil jahiil yang bermaksud Tidur orang yang alim lebih baik daripada ibadat orang yang jahil seperti 1000 orang beribadat dengan tidak berilmu agama, sangat senanglah syaitan mengganggunya, teapi seorang pelajar ilmu feqah itu, sangat susah bagi syaitan hendak menggodanya)

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?

raja iblis
: "Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantu, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas Nabi

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?

raja iblis
: "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba


RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?

raja iblis
: "Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?

raja iblis
: "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama dengan hamba.

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?

raja iblis
: "Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis
: "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.

(Sabda Rasullullah S.A.W. - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama , maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama dan seribu syuhada , Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezki), (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )





RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis
: "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya hamba telah mereka leraikan

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah S.W.T., (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak (anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis
: "Mereka telah membelah muka hamba disebabkan ingatan kuat terhadap Tuan Hamba

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman - Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan wanita/perempuan, Maka apabila telah selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!

raja iblis
: "Ya Rasulullah! Apabila umat Tuan Hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka hamba sangat berdukacita dan kesal. Maka hamba pun menjerit sehingga datang sekelian bala tentera hamba dan (mereka) bertanya Hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka hamba menjawab Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan kemari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad

RASULULLAH S.A.W:
"Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis
: "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah hamba lalu hamba menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling (dan) pergi

(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab )

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis
: "Ya NabiyUllah! Putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini .

(Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika yaa Kariim )

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?

raja iblis
: "Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya NabiyyUllaah! Telah hamba binasakan ramai manusia dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka hamba gembria. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia (dulu), hamba mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka .

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?! Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhirat Tuhan dan berkata Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, hamba jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya hamba dapat mencelah di dalamnya.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :

Hai mala un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu

RASULULLAH S.A.W:
"Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?

raja iblis
: "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan hamba dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada hamba, tetapi mereka menurut hasutan hamba.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT:

Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan : (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah S.A.W. berdialog dengan raja Iblis, maka baginda menghalau iblis dengan sabdanya : Wahai laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini maka iblis pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi S.A.W.: Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis telah membuat kesalahan atas beberapa sebab : (1) ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) ia takbur dan besar diri (3) ia berhasad dengki dengan Nabi Adam a.s. (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam a.s.

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s. pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan berkata Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

Sabda Nabi : Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara : (1) Dengan ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (2) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.

KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA iblis



Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di tangannya. Katanya Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.

Nabi Idris A.S. bersabda: Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang engkau kehendaki. Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil mengulangi pertanyaannya : Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Sahut Nabi Allah Idris A.S. : Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha Berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun menikam mata raja iblis dengan jarum. iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W

Bab Amal Soleh

BAB AMALAN SOLEH


Bab setiap amal menurut niat
عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّمَا الاعْمالُ بِا لنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لامْرِى مَا نَوَى
فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ
وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ
يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ
Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat,
Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya
Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya".
Hadis sahih riwayat Muslim



عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
تَلَقَّتِ المَلائِكَةُ رُوْحَ رَجُلٍ مِمَّنْ كانَ قَبْلَكُمْ
فَقَالُوا أَعَمِلْتَ مِنَ الْخَيْرِ شَيْئَا
قَالَ لا قَالُوا تَذَكَّرْ قَالَ كُنْتُ اُدَا يَنُ النَّاسَ
فَآمُرُ فِتْيَانِى أَنْ يُنْظِرُوا الْمُعْسِرَ وَيَتقجَوَّزُوا
عَنِ الْمُوسِرِ قَالَ قَالَ اللهُ عَزَّوَجَلَّ تَجَوَّزُوا عَنْهُ

Dari Huzaifah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Beberapa orang Malaikat
Menyongson roh seorang lelaki di masa sebelum kamu.
Lalu Malaikat itu menanyakan : "Adakah engkau mengerjakan
barang sesuatu kebaikan?" Dia menjawab : "Tidak ada!"
Malaikat bertanya : "Cobalah ingat-ingat!" Dia menjawab:
"Dahulu saya pernah meminjamkan wang kepada orang
banyak, lalu saya suruh bujang saya supaya mereka
memberi janji orang miskin dan memberikan kelapangan
kepada orang yang berwang." Allah Azawajalla berfirman :
"Berilah orang itu kelapangan !".

Hadis sahih riwayat Muslim









Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006

Bab Membaca Al-Quran

Bab sujud tilawah
عَنْ عَبْدِالله عنَّ النَّبِى صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنه قَرَأَ وَالنَّجْمِ فَسَجَدَ فِيْهَا وَسَجَدَ مَنْ كانَ مَعَهُ
غَيْرَأنْ شَيْخًا أَخَذَ كَفَّا مِنْ حَصى أَوْ تُراَبٍ
فَرَفَعَهُ الَى جَبْهَتِهِ وَقَالَ يَكْفِيْى هذا
قَالَ عَبْدُالله لَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدُ قُتِلَ كافزًا

Dari Abdullah, katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah An Najmi
lalu sujud tilawah dan ma'mum pun sujud pula kecuali seorang tua;
ia mengambil segengam kerikir atau tanah dan di angkatnya
ke dahinya sambil berkata : cukulah ini. Kata Abdullah,
sesungguhnya kemudian beberapa lama orang tua itu saya lihat
mati terbunuh dalam kekafiran
Hadis sahih riwayat Muslim


Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2007

Bab Doa

Berdoa berlindung dari fitnah
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىٍّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَجْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
كانَ يَدْعُو فِى الصَّلاةِ
اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُو ذُبِكَ مِنْ فِتْنَهِ الْمَسِيْحِ الْدَّجَّالِ
وَأَعُو ذُوبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنَ الْمَأْ ثَمِ وَالْمَغْرَمِ
قَالَتْ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيْذُ
مِنَ المَغْرَن يَرسُولُ الله فَقَالَ
إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فأَجْلفَ
Dari Aishah r.a., katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa dalam sembahyang ;
"Oh Tuhan, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur
dan aku berlindung dari hurura dajjal.
dan aku berlindung dari fitnah hidup dan kematian,
Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang,
Kata Aisyah : Berkata seseorang kepada beliau :
"Alangkah banyak tuan meminta perlindungan dari hutang,
ha Rasulullah s.a.w. : Jawab belia "Sesungguhnya apabila
seorang berhutang , kerap kali ia berkata dusta dan mungkir janji.
Hadis sahih riwayat Muslim


Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2008

Bab Zikir

Bab adab berzikir selepas solat
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أنَّ رَفْعَ الضَّوْتِ
بِالذِّكْرِحِيْنَ ينْصَرِفَ النَّاسُ مِنَ المَكْتُو بَةِ
عَلَى عَهْد النَّبِىِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَأَنَّهُ قَالَ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ كُنْتُ
أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَنِعْتُهُ
Dari Ibnu Abbas, katanya : "Bahawa zikir dengan suara lantang
setelah selesai sembahyang adalah kebiasaan di zaman
Nabi s.a.w. Kata Ibnu Abbas: Jika telah ku dengar suara berzikir,
tahulah saya bahawa orang telah bubar sembahyang."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab Berzikir dengan suara lantang

عَنْ أَبِى الزُّبَيْرِ قَالَ كانَ ابنُ الزُبَيْرِ يَقُولُ
فِى دُبُرِ كُلِّ صَللاةٍ حِيْنَ يُسَلِّمُ
لا إله إلا الله وَحْدَهُ لا شَرِيْلَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ
لاحَولَ وَلاقُوَّةَ إِلا بالله لا إله إلا اللهُ
وَلا نَعْبُدُ إلا إيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَدُ الْفَضْلُ وَلَهُ الشَّنَاءُ الْحَسَنُ
لا إله إلا الله مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْكَرِهَ الْكافِرُوْنَ
وَقَالَ كانَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُهَلِّلُ بِهِنَّ دُبُرَكُلِّ صَلاةٍ
Dari Abu Zubair, katanya; "Adalah Abdullah bin Zubair
mengucapkan pada tiap-tiap selesai sembahyang,
sesudah memberi salam;
"Tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
yang tiada sekutu bagiNya. Dialah yang berhak dipuja dan dipuji
dan hanya Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu,
Tiada daya upaya dan kekuatan makhluk ini kecuali
dengan kehendak dan kekuatan dari Allah.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Kami tidaklah akan menyembah kecuali kepadaNya.
Hanya Dia yang memiliki nikmat, hanya Dia yang
memiliki kurnia, hanya Dia pula yang empunya pujian yang baik.
Tiada Tuhan kecuali Allah.
Itulah puji yang dipersembahkan kepadaNya oleh
para Mukhsinin walaupun kaum yang engkar membencinya."
Kata Abdullah bi Zubair ; "Adalah Rasulullah s.a.w.
mengucapkannya dengan suara yang lantang tiap-tiap selesai
sembahyang."

Hadis sahih riwayat Muslim

Bab Zikir Siti Fatimah
عَنْ أبِي هُرَيرَةَ وَهَذَا حَدِيْثُ قتيبة أَنَّ فُقَرَاءَ
المهاجرين أَتوا رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الْدُّثُورِ بٍالدَّرَجَاتِ الْعُلَى
وَالنَّعِيْمِ الْمُقِيْمِ فَقَالَ وَمَاذَالَ قَالُوا يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّى
وَيَصُونُونَ وَلا نَتَّصَدَّقُ وَيُعْتِقُونَ وَلا نُعْتِقُ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أفلا
أُعَلِّمُكُم شَيْئَا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُم وَتَسْبِقُونَ
بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلا يَكُونُ أَحَدٌ أَفضَلَ مِنْكُمْ
الاَّ مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَاصَنَعْتُمْ قَالَوا بَلَى يَرَسُولَ الله
قَالَ تَسْبِحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلاةِ
ثَلا ثَاوَثَلا ثِيْنَ مَرَّةُ قَالَ أبُوَصَالِحٍ
فَرَجَعَ فَقَرَاءُ للهَا جِرِينَ إِلَى
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَقَالُوا سَمِعَ إخْوَانُنَا أَهْلُ الأَموَالِ بِمَا
فَعَلْنَا فَفَعَلُوا مِثْلَهُ فَقَالَ
رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
ذَلِكَ فَضْلُ الله يؤْتِيهِ مَنْ يشاءُ
Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Bahawa oang-orang miskin
dari sahabat Muhajirin datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu
berkata: "Orang kaya boleh mendapatkan darjat yang tinggi
dan syurga abadi." Kata Rasulullah s.a.w.: "Apakah yang
engkau maksudkan?" Jawab mereka itu : "Mereka sembahyang
seperti kami, puasa seperti kami, tetapi mengeluarkan sedekah
dan memerdekakan sahaya, hanya dapat dicapai oleh orang
kaya saja, sedangkan kami tidak. " Kata Rasulullah s.a.w.
: "Maukah kamu kuajarkan sesuatu gar kamu dapat mengejar
usaha orang yang terdahulu, dan mendahului usaha orang
orang zaman akan datang, bahkan deengan itu kelak tak
ada orang yang lebih baik/utama dari pada kamu kecuali
yang berbuat seperti kamu." Jawab kaum miskin itu :
Baiklah. Bersabda Rasullah s.a.w. : "Bacalah oleh kamu
masing-masing ; tasbih, takbir dan tahmid tiap-tiap selesai
sembahyang, masing-masing tiga puluh tiga kali. Kata Abu Saleh
( seorang periwayat hadis ini ) : " Setelah beberapa lama,
orang-orang miskin itupun kembali lagi mengadu kepada Rasullah
s.a.w. sambil berkata : Bahawa orang-orang kaya itu telah
dapat mendengar kami, dan telah berbuat pula seperti kami."
Kata Rasullah s.a.w. : " Ya, hal itu hanya kemurahan Allah
yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya."

Hadis sahih riwayat Muslim



Hak cipta © Muhammad Khairi. 2007

Bab Zakat

BAB ZAKAT


Bab zakat dalam rukun Islam
عَنْ عَبَدِاللهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
بُنِىَ الاسْلَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ
أَنْ لا إِلَهَ الا اللهُ وَأَنَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ
وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Dari Abdullah b. Umar katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Islam itu dibina atas lima perkara
dua kalimah syahadat, menegakkan sembahyang, mengeluarkan
zakat, mengerjakan haji dan berpuasa bulan Ramadhan".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab zakat diperintahkan Rasulullah s.a.w.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ قَالَ قَدِنَ وَفْدُ عَبْدِالْقَيْسِ
عَلَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّا هَذَا الْحَىَّ مِنْ رَبِيْعَةَ
وَقَدْ حَالَتْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ كفارُ نُضَرَ فَلا نَخْلُصُ
اِلَيْكَ إِلا فِى شَهْرِ الْحَرَامِ فَمُرْنَا بِأَمْرٍ نَعْمَلُ بِهِ
وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَ مَا قَالَ آمُرُكُم بِاَرْبَعٍ
وَأَنَّهَا كُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الِايْمَانِ بِاللهِ
ثُمَّ فَسَرَهَا لَهُمْ فَقَالَ شَهَادَةِ
أَنْ لا إِلَهَ الا اللهُ وَأَنَ مُحَمَّدًا رَسُولُهُ
وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا خُمُسَ مَا
غَنِنْتُمْ وَأَنَّهَا كُمْ عَنِ الدُّبَاءِ وَالْحَنْتَمِ
وَالنَّقِيْرِ وَالْمُقَيَّرِ
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. dikunjungi oleh deleasi Abdulqais
kata mereka itu: "Kamin ini dari perkampungan suku Rabi'ah
antara tenpat kami dengan tuan IMadinah) dibatasi oleh
kaum Mudhar yang masih kafir. Dan kami tak dapat
sampai kepada tuan kecuali pada bulan-bulan haram.
Oleh sebab itu perintahkanlah kami dengan suatu
kewajipan untuk kami kerjakan sendiri dan mengajak
kaum kami kepadanya". Kata Rasulullah s.a.w. :
"Kuperintahkan kepada empat perkara : Keimanan
kepada keesaan Allah dan mengakui Kerasulan
Muhammad, Mendirikan Sembahyang, mengeluarkan
zakat dan menyerahkan seperlima dari harta rampasan
perang. Dan kamu kularang dari pembuatan arak
di dalam labu, guci, pasu kayu dan di dalam wadah
yang dicat dengan tar".
Hadis sahih riwayat Muslim

Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006

Bab Solat

Bab masbuq solat
عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَخَلَّفَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
وَتَخَلَّفْتُ مَعَهُ فَلَمَّا قَضَى حَاجَتَهُ قَالَ
أَمَعَكَ مَاءٌ فَأَتَيْتُهُ بِمَطْهَرَةٍ فَغَسَلِ كَفَّيْها وَوَجْهَهُ
ثُمَّ ذَهَبَ يَحْسِرُ عَنْ ذِرَاعَيهِ فَضَاقَ
كُمُّ الْجُبَّةِ فَأَخْرَجَ يَدَهُ مِنْ تَحْتِ الْجُبَّةَ
وَأَلْقَى الجُبَّةَ عَلَى مَنْكِبَيهِ وَغَسَلَ ذِرَاعَيهِ
وَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَعَلَى
خُفَّيْهِ ثُمَّ رَكِبَ وَرَكِبْتُ فَانْتَهَيْنَا اِلَى القَومِ
وَقَدْ قَامُوا فِى الصَّلاةِ يُصَلِّى بِهِمْ عَبْدُالرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ وَقَدْ رَكَعَ بِهِمْ رَكْعَةً فَلَمَّا أَحَسَّ
بِالنَّبِى صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم ذَهَبَ يَتَأَخَّرُ
فَأَوْ مَا اِلَيهِ فَصَلَّى بِهِمْ فَلَمَّا سَلّمِ قَامَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَقَمْتُ فَرَكَعْنَا
الرَّكْعَةَ الَّتِى سَبَقَتْنَا
Dari Mughirah b Su'bah dari bapanya : "Bahawa beliau meletakkan
jubah itu dibahunya serta menyapu serbannya dengan air.
Kemudian Nabi s.a.w. naik ke atas kenderaannya dan akupun
naik pula. Setelah kami sampai rombongan kami yang telah
berjalan-jalan lebih dahulu, kami mendapati mereka itu sedang
sembahyang yang diimami oleh Abduurrahman bin 'Auf pada
ketika itu telah sembahyang satu rakaat, dan takala Abdurrahman
mengetahui kedatangan Rasulullah s.a.w. , ia pun mundur ke belakang
dan Nabi s.a.w. memberi isyarat kepadanya supaya ia tetap
menjadi imam. Setelah imam itu memberi salam, kami menambah
satu rakaat yang ketinggalan".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab ragu kentut dalam solat
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِىَ اِلَى النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهُ يَجِدُ الشَّئَ فِى الصَّلاةِ قَالَ لا يَنْصَرِفُ
حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتَا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Dari Abbad bin Tamim dari pamannya, katanya : "Diberitahukan kepada
Nabi s.a.w. bahawasanya seseorang ragu-ragu sedang sembahyang,
apakah ia keluar angin atau tidak? Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
"Jangan ia menghentikan sembahyangnya kecuali apabila didengarnya
suara atau tercium bau".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mengangkat takbir
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسقلَّمَ
اِذَا قَامَ لِلصَّلاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى تَكُونَا حَذْ
وَمَنْكِبَيْهِ ثُمَّ كَبَرَّ فَاِذَا أَرَادَ أَنْ يَركَعَ فَعَلَ
مِثْلَ ذَلِكَ وَلا يَفْعَلُهُ حِيْنَ يَرفَعُ رَأْسَهُ مِنَ السُّجُودِ
Dari Ibnu Umar ra. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila memulai sembahyang
diangkat dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian
takbiratulihram ia, demikian juga ketika akan ruku' dan bangkit
dari ruku'. Dan tidaklah ia mengangkat tangan ketika berdiri
dari sujud".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab membaca Fatihah dalam solat
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِأُمُّ الْقُرْآنِ
Dari "Ubaidah bin Shamit katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
berkata : "Tidak ada sembahyang seseorang tanpa membaca
Fatihah".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab tiada bismillah dalam solat
عَنْ أَنَسٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
وَأَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَلَمْ أَسْمَعْ
أَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ بِسمِ اللهِ الرَّ حْمنِ الرَّ حِيْمِ
Dari Annas r.a. katanya : "Saya mengalami solat bersama-sama
Rasulullah s.a.w. , Abu Bakar, "Umar dan Usman, maka tidak pernah
saya mendengar salah satu dari beliau-beliau itu yang membaca
Bismillah".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab tidak perlu baca surah dalam solat jamaah
عَنْ عِمْرِ أَنَ بْنِ حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الظُّهْرَ
فَجَعَلَ رَجُلٌ يَقْرَأُ خَلْفَهُ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبَّكَ الأَ
عَلَى فَلَمَّا اَنْصَرَفَ قَالَ أَيُّكُمْ قَرَأَ أَوْ أَيُّكُمُ
الْقَارِئَ فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا فَقَالَ
قَدْ ظَنَنْتُ أَنَّ بَعْضَكُمْ خَالَجَنِيهَا
Dari Imran bin Hussain r.a. katanya : "Ketika Nabi s.a.w.
solat zuhur , kedengaran seorang ma'mum membaca di belakang
beliau surat "Sabbihisma rabbikal A'la. Setelah selesai sembahyang
beliau bertanya : "Siapakah diantaramu yang ku dengar membaca tadi?"
Kata lelaki itu : "Saya tuan", Maka kata Rasulullah s.a.w. :
"Saya kira diantara ma'mum yang telah membimbangkan saya dengan
bacaannya".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab bacaan bangkit ruku' solat berjamaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَن رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الاِمَامُ
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِيدَهُ فَقُولُوا اللهُمَّ رَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ فَاِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ
المَلائكَةِ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Sabda Rasulullah s,a,w, :
"Apabila imam membaca :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِيدَه
Maka katakanlah :
اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْد
kerana barang siapa yang serentak ucapannya dengan
ucapan malaikat nescaya Tuhan akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab cara menegur imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ
وَالتَّصْفِيقُ لِلنَّسِاءِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membaca Subhanallah untuk lelaki dan bertepuk tangan
untuk perempuan".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab sembahyang dengan tertib dan kusyu'
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلْ تَرَوْنَ
قِبْلَتِى ههُنَا فَوَ اللهِ مَا يَخْفَى عَلَى رُكُو
عُكُم وَلا سُجُودُكُم اِنِّى لأَ رَاكُمْ
وَرَاءَ ظَهْرِى
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Adakah kemu perhatikan kemana qiblatmu? "Demi Tuhan
tidak terlepas dari penglihatanku cara-caramu ruku' dan sujud.
Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang dibelakangku'.
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab larangan mendahului imam
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ مُحَمَّدٌ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اما يخشى
اَلَّذِى يَرفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الاِمَامِ
أَنْ يُحَوِّلَ اللهُ رَأْسَهُ رَأَسَ حِمَارٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Muhammad s.a.w. :
"Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkat
kepala sebelum imam, bahawa Allah akan mengubah
kepalanya menjadi kepala keledai?"
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab saf dalam sembahyang berjemaah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا
وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sebaik-baik saf lelaki ialah yang terdepan dan yang seburuk-buruk
ialah saf yang terbelakang; sebaliknya sebaik-baik saf wanita ialah
yang terbelakang dan yang seburuk-buruk yang terdepan
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab tiada larangan wanita berjamaah ke masjid
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَ كُمُ الْمَسَاجِدَ
اِذَا اسْتَأْذَنَّكُم اِلَيْهَا
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengan akan
sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita
berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab larangan memakai wangian ke masjid
عَنْ زَيْنَبَ آمْرَأَةِ عَبْدِاللهِ قَالَتْ قَالَ
لَنَا رَسًولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلاَ تَمَسَّ طِيبًا
Dari Zainab isteri Abdullah katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau wanita hendak ke masjid , maka janganlah memakai
harum-haruman".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab ayat pilihan Rasulullah s.a..w.
عَنْ عَمْرٍو بْنِ حُرَيْثُ أَنَّهُ سَمِعَ
النَّبِى اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَقْرَأُ فِى الْفَجْرِ وَالَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ
Dari Amr bin hurais katanya : "Saya mendengar Nabi s.a.w.
membaca surah
وَالَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ
pada sembahyang subuh
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab ayat bacaan solat subuh
عَنْ عَبْدااللهِ بْنِ السَائِبِ قَالَ صَلَّى لَنَا النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَ بِمَكَّةَ فَاسْتَفْتَحَ
سُورَةَ الْمُؤْمِنِينَ حَتَّى جَاءَ ذِكْرُمُوسَ وَهرُونَ
أَوْذِكْرُ عِيسَى أَخَذَتِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ
وَسَلَّمَ سَعْلَةٌ فَرَكَعَ وَعَبْدُاللهِ ابْنُ السَّائِبِ
حَاضِرٌ ذلِكَ
Dari Abdullah b Saib katanya : "Nabi s.a.w. menunaikan solat
subuh bersama-sama kami di Makkah, maka dimulainya dengan
membaca surah Al Mu'minin dan ketika sampai bacaan pada
ayat yang menyebutkan Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. atau
tentang nabi isa a.s. beliau batuk lalu ruku' sedang Abdullah bin
Said ketika itu hadir".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab surah pilihan Nabi s.a.w.
عَنْ عَمْرِوِ بْنِ حُرَيْثٍ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِى
الْفَجْرِ وَاللَّيلِ إِذَا عَسْعَسَ
Dari Amr bin Huraith katanya : "Saya mendengar Nabi s.a.w.
membaca surah
وَاللَّيلِ إِذَا عَسْعَسَ
pada solat subuh
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab surah pilihan Nabi s.a.w.
عَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ قَالَ صَلَّيتُ وَصَلَّى
بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَرَأَق
Dari Qutbah bin Malik katanya : "Solat kami bersama-sama
Rasulullah s.a.w. dan beliau membaca surat Qaf".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab bilangan ayat dalam solat
عَنْ أَبِى بَرْزَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِى صَلاةِ الْغَدَاةِ
مِنَ السِّتِّينَ اِلَى الْمَائَةِ
Dari Abu Barzakh katanya : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
membaca pada solat subuh sebanyak 60 ayat sampai 100 ayat
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab surah pilihan Rasulullah s.a.w.
عَنِ اَبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ أِنَّ أَنَّ الفَضْلِ بِنْتَ
الحَارِثِ سَمِعْتْهُ وَهُوَ يَقْرَأُ وَالْمُرسَلاتِ
عُرْفَا فَقَالَتْ يَابُنَىَّ لَقَدْذَكُّرْتَنِى بِقِرَاءَ
تِكَ هذِهِ السُّورَةَ إِنَّهَا لأخِرُمَا سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقْرَأَبِهَا فِى المَغْرِبِ
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Bahawasanya Ummi Al Fadhi
binti Harith mendengar anaknya membaca surat
وَالْمُرسَلاتِ عُرْفَا
lalu ia berkata : Hai anakku ! engkau mengingatikan aku akan
bacaan Rasulullah s.a.w. ketika beliau membaca surat ini,
iaitu surat yang terakhir ku dengar dari beliau yang dibacanya
dalam solat maghrib".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab ringankan bacaan imam
عَنْ أَبِى هُرَيرَةَ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِذَا أَنَّ أَحَدُكُمُ النَّاسَ فَليُخَفَّفُ فَاِنَّ فِيهِمُ الصَّغِيرَ
وَالْكَبِيرَ وَالضَّعِيفَ وَالْمَرِيضَ فَاِذَا صَلَّى وَحْدَهُ
فَلْيُصَلِّ كَيفَ شَاءَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila salah
seorang dari kamu jadi imam sembahyang, hendaklah ia mempersingkatkan
bacaan, kerana ada diantara ma'mum anak kecil, orang tua, orang lemah,
dan apabila ia sembahyang maka sembahyanglah sekehendaknya!".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab memendekkan bacaan solat
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّى لأَ دْخُلُ
الصَّلاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ
الصَّبِىِّ فَأُخَفِّفُ مِنْ شِدَةِ وَجْدِ أُنِّهِ بِهِ
Dari Anas bin Malik katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Ketika aku memulai solat, maksudku akan memanjankannya
tetapi oleh kerana mendengar tangisan anak kecil terpaksa
aku singkatkan kerana mengenang kegelisahan ibunya".
Hadis sahih riwatat Muslim

Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006

Himpunan Hadis² Sahih (Bersuci)

Himpunan Hadith bab bersuci
عَنْ عَاـشَةَ اَنَّ رَسُوُلُ الله صَلَّى الله وَسَلَّمَ
كَانَ اِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَجُنُبٌ تَوَضَّأَ
وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ قَبْلا أَنْ يَنَامَ

Dari Aishah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. apabila hendak tidur sedang ia dalam judub,
beliau berwudhu' lebih dahulu sepeti wudhu' akan sembahyang
Hadis sahih riwayat Muslim

عَنْ أَبِى سَعَيْدٍ الْخُدْرِى قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
اِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أنْ يَعُودَ فَلْيَتَوَضَّأَ
Dari Abu Sa'id Al Kudri, katanya : "Bersabda Rasululullah s.a.w. :
"Apabila bersetubuh salah seorang kamu dengan isterinya , kemudian ia akan berbuat lagi,
maka hendaklah ia mengambil wudhu' lebih dahulu."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mandi wajib
عَنْ عَائِشة قَالتَ
كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
اِذَا اَغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ يَبْدأُ فَيَغْسِلُ فَرْخَهُ يَدَيْهِ
ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِيْنِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ
ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ
ثُمَّ يأخذ الماءَ فَيُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِى أُصُولِ الشَّعْرِ
حَتَّى اِذَا أَرَأى اَنْ قَدِ اسْتَبْرَأَ حَفَنَ عَلَى رأَسِهِ ثَلاثَ
حَفَنَاتِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرجَسَدِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ
Dari Aishah r.a. katanya : "Adalah Rasulullah s.a.w.
apabila mandi junub dimulainya dengan membasuh dua tangannya,
kemudian dituangkan air dengan kanannya bahagian kirinya
lalu dibasuh kemaluannya
kemudian berwudhu' seperti wudhu' akan bersembahyang.
Kemudian diambil air sambil memasukkan jarinya ke akar rambut
hingga basah sluruhnya,
disauknya air tiga kali untuk kepalanya
kemudian diratakan air keseluruh badannya,
akhirnya beliau membersihkan dua kakinya.
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab umur baligh
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ عَرَضَنِى
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
يَومَ أُحُدٍ فَى القِتَالِ وَاَنَا اِبْنُ اَرْبَعَ
عَشْرَةَ سَنَةً فَلَمْ يُجْزِنِى وَعَرَضَنِى
يَوْمَ الْخَندَقِ وَأَنَا اِبْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ
سَنَةً فأجَازَنِى
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. memeriksa saya ketika perang Uhud
untuk ikut berperang, sedang saya berumur baru empat belas tahun
Beliau tidak mengizinkan saya untuk ikut beperang. Dan
beliau memeriksa saya ketika perang Khandak, saya telah
berumur lima belas tahun. Beliau mengizinkan saya
untuk ikut berperang
Hadis sahih riwayat Muslim


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
طُهُوْرُ اِنَاءِ أَحَدِكُم اِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ
أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولا هُنَّ بِالتُّرَاب
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membersihkan bekas yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya
tujuh kali dan basuhan pertama dicampur dengan tanah".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab basuh tangan apabila bangun tidur
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ اِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُم مِنْ نَوْمِهِ فَلا يَغْمِس يَدَهُ
فِى الا نَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لايَدْرِى
أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila bangun dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya
ke dalam air sebelum di basuh lebih dahulu tiga kali, kerana waktu
tidur dia tak tahu dimana tangannya terletak".
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab air kencing bayi
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى
بِالصِبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِى بِصَبِّىٍ
فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَ عَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَم يَغْسِلهُ
Dari Aishah r.a. katanya : "Kerapkali didatangi bayi-bayi kepada
Rasulullah s.a.w. lalu beliau mendoakan dan mengusap-usap tubuh
mereka. Sekali peristiwa didatangkan kepadanya seorang bayi
lelaki lalu kencing di atas pangkuan beliau, untuk itu beliau minta
air lalu ditempat yang basah oleh kencing itu, diberi air oleh beliau
dan tidak dicuci
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab membersihkan air mani
عَنْ عَائِشَةَ فِى الْمَنِىِّ قَالَتْ كُنْتُ أَفْرُكُهُ
مِنْ ثَوْبِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
Dari Aishah r.a. (tentang air mani) katanya : "Adalah aku
membersihkan kain Nabi s.a.w. yang terkena air mani dengan
menggosok-gosoknya tanpa air."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab menyuci kain
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِهَابٍ الْخَوْلا نِىِّ قَالَ
كُنْتُ نَازِلأً عَلَى عَائِشَةَ فَاحْتَلَمْتُ فِى ثَوْبَىَّ
فَغَمَسْتُهُمَا فِى الْمَاءِ فَرَأَتْنِى جَارِيَةٌ لِعَائِشَةَ
فَأَخْبَرَتْهَا فَبَعَثَتْ اِلَىَّ عَائِشَةَ فَقَالَتْ مَا حَمَلَكَ
عَلَى مَا صَنَعْتَ بِثَوْبَيْكَ قَالَ قَلْتُ رَأَيْتُ مَا
يَرَى النَّائِمُ فِى مَنَامِهِ قَالَتْ هَل رَأَيْتَ فِيْهِمَا
شَيْئًا غَسَلْتَهُ لَقَدْ رَأَيْتُنِى وَاِنِّى لأَ حُكُّهُ
مِنْ ثَوَبِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَابِسَا بِظُفُرِى
Dari Abdullah bin Sihab r.a. katanya : " Pada suatu malam aku
bermalam dirumah Aishah isteri Nabi s.a.w. , kemudian aku
bermimpi dan basah dua helai kainku, pakaian itu segera kucuci
dengan air. Perbuatanku terlihat oleh pesuruh Aishah dan
diceritakannya kepadanya, maka segera aku dipanggil oleh
Aishah lalu berkata : "Mengapa anda basuh kainmu?" Jawab
Abdullah : "Aku bermimpi melihat yang biasa dilihat orang
waktu tidur." Tanya Aishah : "Adakah engkau lihat pada pakaianmu
sesuatu?" Jawabku : "Tidak!". Kata Aishah : "Kalau engkau
lihat sesuatu hendaklah engkau basuh dengan air, saya ingat
bahawa pernah saya mengorek barang itu setelah ia kering
dari pakaian Rasulullah s.a.w. dengan kuku aku.
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab kulit bangkai kambing
عَنْ اَبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصَدِّقُ عَلَى مَولاةٍ
لَمِيْمُونَهُ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّبِهَا رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ
اِهَابَه فَدَ بَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُم بِهِ فَقَالُوا
اِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ اِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا
Dari Ibnu Abbas, katanya : "Sahaya dari Maimunnad diberi
hadiah seekor kambing yang kemudiannya kambing itu mati.
Maka lewatlah Rasulullah s.a.w. lalu berkata : "Lebih baik
kulitnya diambil dan disamak , sesudah itu dapatlah kamu
pergunakan." Mereka berkata : "Kambing itu sudah menjadi
bangkai". Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Yang haram hanya
memakannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2007

Thursday, July 16, 2009

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.

Cara Aurat Wanita Didedahkan

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Pertemuan Menarik Mengenai Babi

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya
(bersifat kebabian tuh... ishh)

Logik Akal Tidak Boleh Mengatasi Kuasa Allah S.W.T

RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:

OK : "Kenapa kamu wudhuk?
OM : "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK : " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM : "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK : "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM : "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK : " Apa buktinya?
OM : Yuk ikut aku

OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.

OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.

OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .

Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)

OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.


Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya

Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?

Renung-Renungkanlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,


“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.