Sunday, November 30, 2008

Negeri ku Kerajaan ku

haaaa...salam sumer....hari nie aku nak sembang pulak pasal kerajaan negeri nie...1st skali pasal isu babi a.k.a pig a.k.a khinzir....meh nie cite hangat nie....Selangor menjadi perintis kepada projek mega nie, di ikuti oleh kedah x lama lagi takut2 perak pulak ikut jejak projek nie..heheheh....MB kita orang melayu, tapi kenapa la boleh lulus "Projek Mega" tu???aku pun nek heran kenapa boleh lulus (1 pertanyaan)...kalau ada yang hebat dari pembangkang yang baca nie boleh la komen ek....haku x heran....selangor negeri maju, tapi tu lah mcm ner lah boleh lulus projek kandang babi tu???mesti ada udang di sebalik batu..sesuatu perkara x'n terjadi kalau tiada sebab,tapi nak uat mcm ner aku bukan nye nak tau ape projek diorang,aku tulis ni pun sbb x puas hati dengan projek tersebut...x cukup pasal projek tu mcm2 pulak tomahan yang budak UiTM kene...nie universiti nie brother oi...tempat org menimba ilmu....yang haku heran nya org melayu kita gak yang mengkritik UiTM tu...ape la nak jadik ngan bangsa aku nie???tu lah kalau dah ada kuasa, mcm2 la diorang nak buat itu naik, ini naik.....hampes.....kalau la kerajaan BN tu nek kan harga minyak, sumer org naik...naik ape??naik minyak, naik hangen...mcm2 lagi la yang nek...korang nie pikir la plak yang kerajaan negeri naikkan cukai pintu, bil air, dan banyak lagi la, korang x bising pun???nie lah dia..salah org lain nampak, salah sendiri??tetibe jadik buta pulak....ni hal kedah pulak, kerajaan pusat nak buat projek untuk rakyat, ada je yang x puas hati membazirlah itu lah ini lah, tapi bile kerajaan negeri nak buat projek kandang babi kat kedah tu sumer sokong pulak...heran aku....ape la tren orang melayu kita nie...dasyat....nie kes perak pulak..cukai pintu naik x hengat, sampai bebankan rakyat negeri perak, ada 1 kes tu bile DYMM Paduka Seri Sultan Perak masuk campur sibuk bising2...aik maner respek korang pada ketua negeri???akai ada kaa???pastu x cukup pasal tu, wartawan pulak jadik mangsa...ape la dosa mamat tu yang di amek nye memori kad tu...kalau takut sangat gambar tu kene amek, kuar je 1 pekeliling utk mengharamkan gambar tuan punya badan tadi dari digantung kat dinding2 setiap jabatan kerajaan negeri..senang....haku pun heran...mengalahkan artis....wawawa....x tau la ape nak jadik skg nie....t aku ada bahan best utk pembaca blog aku nie..t aku bagi....so tggu k....sekian dulu buat masa nie....ape2 pun kepada kerajaan Selangor, Perak dan Kedah pertimbangkan lah untuk "Pembangunan Kandang Babi" ( PKB ) coz ia akan membangkitkan kemarahan org melayu yang beragama Islam.....

sekian salam...

Saturday, November 29, 2008

Kontrak Sosial

Kali nie aku nak cite pasal kontrak sosial plak...aku hangen btol bile ada org yang nak menyentuh kontrak sosial nie...korang kene ingat kita sume dah berjanji sebelum merdeka lagi..x kesah la relevan ke tiadak relevan ke lagi kontrak tu...tapi korang kene ingat dengan adanya kontrak tersebut kita dapat hidup aman damai sampai skg...ni aku nak ingatkan org yang suke sangat menyentuh sensitiviti kaum nie...korang nie ada otak x??sesedap je nak bangkitkan isu sensitiviti kaum, perbuatan korang ni boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kestabilan ekonomi negara dan korang boleh menyebabkan terjadinya pergaduhan yang besar...cukup2 lah negara lain berperang dan bergaduh,x'n korang nak jadikkan malaysia ni mcm tu jugak??yang korang tau gaduhhhhhh je....aku sayang malaysia, aku x sanggup tgk malaysia nie hancur...korang ingat la sikit kalau korang tarik balik keistimewaan org melayu, org melayu pulak x teragak-agak nak tarik balik kewarganegaraan, oleh sebab terdapat undang2 dah tertulis sesiapa pun x dibenarkan menyentuh isu kontrak sosial ni, tapi aku sedih masih ada lagi org2 atasan nie nak sentuh kontrak sosial...kang nak kata bodoh kang marah, kene saman pulak, tapi kalau nak kata pandai, dia buat mcm tu plak....aku rasa la elok kita cadang kan kepada P.M kita supaya amek tindakan kepada org yang suke sangat sentuh kontrak sosial nie...harap P.M kita tegas la sikit....

sekian salam....

Thursday, November 27, 2008

ISA?

kenapa kita perlu mansuhkan ISA??adakah ISA tidak relevan lagi??pada pendapat saya, orang yang ingin menghapuskan ISA ialah orang yang sering melakukan kesalahan dan ada niat untuk menghancurkan negara, sedar tak bahawa dengan adanya ISA negara kita berada dalam keadaan aman damai dan harmoni? ini sesedap rasa je org perorangan nak hapuskan ISA, mereka ini lah yang mempunyai niat yang buruk terhadap negara, ISA tidak lah sezalim yang korang sume ni sangka....ingat lagi tak ada 3 org remaja melayu yang kene tahan ISA? boleh je diorang tu amek exam....tu yang 2 3 org yang kene tahan ISA elok je blh jalan lagi, korang sume kene la faham, kalau korang sendiri la jadi pegawai dalam ISA tu ape korang buat pada org yang nak menghancurkan keamanan dalam negara kita nie? x payah jauh2 la dalam keluarga kita sudah, ape yang korang akan buat sekiranya ada individu yang ingin merosakkan kebahagiaan keluarga korang? sure teruk korang belasah nyer kan....?ada korang nak bagi belas ihsan?aku yakin xda...

aku cukup menyampah kalau ada individu yang suka menghasut org, memfitnah sini sana,mcm dah xda maruah la pulak...bagi org yang beriman sure diorang faham dan tau ape dosa memfitnah ni...x kira sesapa pun, yang penting kita nie hidup dalam keadaan aman dan harmoni,biar la sesapa memerintah pun asalkan dia beriman kepada Allah S.W.T dan mampu menjamin kesejahteraan negara dan rakyat....ape korang sume nak lagi dengan buat demonstrasi sana sini??x cukup ke dengan ape kerajaan dah bagi???ape lagi korang nak??cube korang cakap??korang yang nak buat demonstrasi x pikir dulu ke sebelum buat???kalau stakat nak tentang dengan ape yang bercanggah dengan agama bangsa dan negara tu aku stuju la, nie yang buat demonstrasi yang x suke pemimpin ni...ape kes???kalau la korang ni btol2 ada akal fikiran yang waras korang x'n buat mcm tu, korang pikir tak berapa banyak peniaga2 yang rugi kalau korang buat demonstrasi??korang pikir x berapa banyak kerajaan rugi dengan korang nie....kalau kerajaan habiskan duit kat situ je alamatnye bankrup malaysia nie,hidup merempat la korang....korang ada otak korang pikir la sendiri, itupun kalau sayang kan agama bangsa dan negara.....

salam

Wednesday, November 26, 2008

Keadaan Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia telah selesai menjalani pilihanraya umum, walaupun telah selesai kita masih lagi mendengar perkara2 yang kurang menyenangkan berkenaan politik tanah air kita. Apa yang telah kita saksikan banyak fitnah2 yang telah ditaburkan kepada pemimpin kita, wajarkah kita sebagai rakyat malaysia dibawah pimpinan kerajaan mencaci dan mencemuh pemimpin kita? siapa kita? kita kena ingat mereka ialah pemimpin yang dipilih oleh rakyat, majoriti telah memilih pemimpin kita sekarang untuk menjadi peneraju negara pada masa sekarang.
biar apapun yang terjadi kita sebagai rakyat malaysia harus mempertahankan negara dari ancaman musuh dan bukan menjadi musuh negara, sejak kebelakangan ini kita sering melihat dan mendengar ada segelintir individu yang cuba menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita untuk menjahanamkan kerajaan kita yang sedia ada,pada pendapat saya org sebegini harus ditarik kerakyatannya agar senang kita menganggap mereka musuh dan harus ditentang habis-habisan. jadi kita sebagai rakyat malaysia yang berdaulat harus setia kepada AGAMA BANGSA DAN NEGARA...

salam....

Ucapan Presiden MCA dan MIC

Presiden MCA, TunTan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk 'Tun Tan Answers Critics on special Previleges' dalam pada30 april 1969, berkata:


• 'The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities. '


UCAPAN PRESIDEN MIC merangkap MENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T.SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.

'Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

• If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , in Cambodia , in all the other areas.What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma , as we know, Indian have been send packing, in Ceylonthey refused them citizenship and in Burmait is likewise. I know it, you know it.
• And yet in Malayawhat happened? Here we found that the Malay leadership said, 'We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.' And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens... As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.'

Senarai Kabinet

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Amirsham A. Aziz
Timbalan Menteri Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan MalikS.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Menteri Datuk Ahmad Husni Mohamad HanazlahDatuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Menteri Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan Menteri Datuk Chor Chee HeungSenator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri Datuk Robert Lau Hoi ChewDatuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri Datuk Ir. Mohd. Zin MohamadTimbalan Menteri Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
Timbalan Menteri Datuk Liew Vui KeongJacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri Datuk Dr. S. SubramaniamTimbalan Menteri Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan Menteri Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
MenteriDatuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Dr. Wee Ka SiongDatuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri Datuk Dr. Hou Kok ChungDatuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri Datuk Maznah Mazlan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili
Timbalan Menteri Fadilah Yusof

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri Datuk Mohd. Shafie Apdal
Timbalan Menteri Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri Datuk Dr. Ng Yen Yen
Timbalan Menteri Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Timbalan Menteri Tan Sri Joseph KurupJoseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan


Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)


Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan.

Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan,

sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen.

Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Kedudukan Agama Islam


Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu


Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : - perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) - ekonomi : Perkara 153 (6) - pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Kewarganegaraan


Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
- Perolehan Kewarganegraan
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)- Penamatan Kewarganegaraan
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)-Peruntukan Tambahan
Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraannya:-

Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan daripada negara lain-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara.

Kebebasan Hak Asasi
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5 : Kebebasan Diri

Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)

Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah

Perkara 8 : Hak Kesamarataan

Perkara 9 : Hak Kebebasan Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 11 : Kebebasan Beragama

Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan

Perkara 13 : Hak Terhadap Harta
Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif

• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat

• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975