Thursday, March 16, 2017

Himpunan Hadis-Hadis sahih

Bab mati mempertahan harta
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ
إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي
قَالَ فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي
قَالَ قَاتِلْهُ قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي
قَالَ فَأَنْتَ شَهِيدٌ قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ هُوَ فِي النَّارِ
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, “Ada seorang laki-laki datang
menghadap Rasulullah s.a.w. Ia bertanya :
‘Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku (apa yang harus kulakukan)
jika bertemu begal yang ingin merampas hartaku?’
Beliau menjawab, ‘Jangan kau berikan hartamu.”
Orang itu lalu bertanya, ‘Bagaimana kalau ia melawanku?’
Rasulullah menjawab, ‘Lawanlah ia.’
Orang itu bertanya lagi, ‘Bagaimana jika ia membunuhku?’
Beliau menjawab, ‘Engkau mati syahid.’
Ia bertanya lagi, ‘Bagaimana jika aku membunuhnya?
’ Beliau menjawab, ‘Dia masuk neraka.’

Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Doa di malam Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي:
(اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى)
رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. 

Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku"
Riwayat At-Tarmizi
Bab kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
Hadith sahih riwayat Bukhari
Bab hamba harta
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم
 تَعِسَ عَبْدُ اَلدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullahs.a.w.bersabda:
"Celakalah hamba-hamba dinar dirham dan kain beludru. Jika diberi ia rela dan jika tidak diberi ia tidak rela."
Hadith sahih riwayat Bukhari
Bab  Minta pertolongan
وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فَقَالَ: يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَسَنٌ صَحِيحٌ
Ibnu Abbas r.a. berkata: "Aku pernah di belakang
Rasulullah s.a.w. pada suatu hari dan beliau bersabda:
Wahai anak muda peliharalah (ajaran) Allah niscaya Dia akan memelihara engkau dan peliharalah (ajaran) Allah niscaya engkau akan mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan mintalah pertolongan kepada Allah."
Riwayat Tirmidzi. Ia berkata: Hadith ini shahih.
Bab : Berzuhud
وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ:
 جَاءَ رَجُلٌ إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اَللَّهُ وَأَحَبَّنِي اَلنَّاسُ. فـقَالَ: اِزْهَدْ فِي اَلدُّنْيَا يُحِبُّكَ اَللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ اَلنَّاسِ يُحِبُّكَ اَلنَّاسُ
 رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه وَسَنَدُهُ حَسَنٌ
Sahal Ibnu Sa'ad r.a. berkata:
"Ada seseorang menghadap Nabi s.a.w  dan berkata: Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia Allah akan mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yang dimiliki orang mereka akan mencintaimu."
Riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan.
Bab : Meninggalkan perkara sia-sia
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ اَلْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَسَنٌ
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Termasuk baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya."
Riwayat Tirmidzi. Ia berkata: Hadith hasan.
Bab : Segera uruskan jenazah
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ, فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا إِلَيْهِ, وَإِنْ تَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
"Bersegera dalam mengurus jenazah, karena jika ia baik maka engkau telah memajukan suatu kebaikan untuknya, dan jika tidak maka engkau menurunkan suatu kejelekan dari lehermu."
Muttafaq Alaihi.
Bab Bersandar dan Menyilang kaki di dalam masjid
 عن عباد بن تميم عن عمه أَنَّهُ رَأى رسول الله صلى الله عليه وسلم مَسْتلقيا فِي الْمَسْجِدِ وَاضِعًا إحْدَى رِجْليْهِ عَلَى الأخْرَى

وعن ابن شهاب عن سعيد بن المسيب
قال كَانَ عُمَرَ وَعُثْمَانُ يَفْعَلانِ ذَلِكَ
Dari Abbad bin Tamin dari pamannya bahawasanya ia melihat
Rasulullah s.a.w.. bersandar di masjid sambil meletakkan salah
satu dari ke dua kakinya ke atas kaki yang lainnnya.

Ada oula keterangan dari Ibn Syibab dari Sa'id bin Musayyab,
katanya: "Umar dan Uthman juga mengerjakan sebagaimana
di ats yakni seperti yang dilakukan Nabi s.a.w."

Riwayat Bukhari
Bab Menoleh dalam solat
باب الالتفات في الصلاة
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ قَالَ حَدَّثَنَا أَشْعَثُ بْنُ سُلَيْمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الِالْتِفَاتِ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِ
Dari Masruq, dari 'Aisyah katanya : "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal menoleh di waktu mengerjakan solat". Beliau s.a.w. lalu bersabda : "Itulah suatu sambaran cepat yang dilakukan syaitan untuk menggoda disaat seorang hamba sedang solat".