Thursday, January 15, 2009

Salah Serang???

BANDAR GAZA - Pekarangan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza dibedil oleh meriam tentera Israel semalam menyebabkan tiga orang cedera.
Seorang jurucakap PBB, Chris Gunness menyatakan bangunan itu dibedil dengan peluru yang dipercayai mengandungi bahan kimia fosforus.
Bangunan yang dibedil itu digunakan oleh PBB untuk menyelaras kerja-kerja operasi bantuan di Genting Gaza.
Pekarangan bangunan itu dijadikan tempat perlindungan oleh ratusan penduduk daripada serangan Isrel.Bangunan itu turut menempatkan sekolah dan pejabat.
Serangan itu berlaku ketika Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon tiba di Israel bagi melakukan misi mewujudkan satu gencatan senjata antara Hamas dengan rejim Zionis.
Gunness berkata, sebanyak tiga bedilan yang mengandungi bahan fosforus mengenai pekarangan bangunan PBB.
Bahan itu boleh menyebabkan tubuh mereka yang berada berdekatan akan terbakar.
Gunness turut memberitahu pekerja-pekerja PBB gagal memadamkan kebakaran dengan menggunakan alam pemadam api.
Sebelum ini, tentera Israel menafikan menggunakan peluru mengandungi fosforus.
Bagaimanapun, akhbar Times di England mendedahkan berpuluh-puluh penduduk Palestin di Gaza menderita akibat tubuh mereka melecur kerana bedilan fosforus.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Israe, Ehud Barak sempat menyatakan kepada Ki-moon bahawa bedilan di bangunan PBB itu merupakan satu kesilapan.

1 comment:

missummie said...

Kesian kan penduduk Gaza..gara-gara Amerika yg kunun2 nya sbgai polis dunia..tak leh tgk berita2 tentang serangan di Gaza ni..rasa sedih sgt2..rakyat yang tak bersalah jadi korban..