Thursday, February 26, 2009

Lagi² Negeri Perak

salam sumer...haaaa ni ada maklumat terbaru kepada pembaca blog aku,hehehehe hari nie aku nak bagi tau korang sumer yang kerajaan Negeri Perak sekarang yang dipimpin oleh BN adalah sah disisi undang²...kenapa aku cakap mcm tu,kepada pakar undang² sila rujuk undang² tubuh kerajaan negeri perak:-
1.FASAL 16(2)(a)
2. FASAL 16(6)
3. FASAL 18(2)
4. FASAL 16 (7)

dan perlembagaan persekutuan seksyen 47(a)

kalau korang rujuk mungkin korang boleh tahu sah or tidak kerajaan negeri skg..

mengikut tafsiran aku:-

1. Fasal 16 (2)(a)

- sekiranya terdapat satu parti yang mempunyai sekurang-kurangnya 30kerusi Dewan Undangan Negeri, maka mereka ini boleh mohon perkenan DYMM untuk menubuhkan kerajaan negeri,

Pakatan Rakyat:
PAS
DAP
PKR

keitga-tiga gabungan parti tersebut telah mempunyai lebih dari 30 buah kerusi dan layak untuk membentuk kerajaan Negeri itu pun setelah perkenan DYMM

BN:
MIC
MCA
UMNO
GERAKKAN

keempat-empat gabungan parti tersebut tidak mempunyai 30 buah kerusi dan tidak layak untuk membentuk kerajaan negeri

(di atas adalah situasi selepas PRU-12)

2. Fasal 16 (6)

- sekiranya MB dan barisan Exco tidak mempunyai kepercayaan sebahagian besar oleh ahli dewan, maka MB dan barisan Exco perlu mempersembahkan perletakkan jawatan beliau kepada DYMM akan tetapi jawatan itu masih lagi disandang sekiranya DYMM membubarkan DUN

3. Fasal 18 (2)

- Keputusan DYMM adalah mengikut budi bicara berdasarkan undang² ialah:
a. Lantikan Menteri Besar
b. Keengganan memberikan perkenan untuk pembubaran DUN

4. Fasal 16(7)

- Menteri Besar boleh memerintah selama mana atas keredha'n DYMM

5. Seksyen 47(a)

- seseorang yang mempunyai kuasa untuk melantik, maka beliau turut mempunyai kuasa untuk memecat


undang² di atas merupakan undang² tubuh kerajaan Negeri dan perlembagaan Persekutuan,mmg dalam perlembagaan tubuh kerajaan negeri tidak memperuntukkan pemecatan MB akan tetapi DYMM telah membuat keputusan mengikut Seksyen 47(a).DYMM juga memecat menteri besar dibawah peruntukan undang² Fasal 16(2)(a), fasal 16 (7), dan fasal 18(2), jadi pemecatan MB dari Pakatan Rakyat adalah sah di sisi undang² serta perlantikkan MB baru juga turut sah di sisi undang²..

kalau para pembaca tidak berpuas hati,sila ajukan ketidakpuasan hati tuan² dan puan² dalam komen dan insya'allah saya akan menjawabnya mengikut garis panduan undang² dan kemampuan saya..

sekian semoga maklumat ini memberi panduan kepada anda semua dalam memahami keadaan politik di negeri perak ini....

salam...

No comments: