Wednesday, November 26, 2008

Keadaan Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia telah selesai menjalani pilihanraya umum, walaupun telah selesai kita masih lagi mendengar perkara2 yang kurang menyenangkan berkenaan politik tanah air kita. Apa yang telah kita saksikan banyak fitnah2 yang telah ditaburkan kepada pemimpin kita, wajarkah kita sebagai rakyat malaysia dibawah pimpinan kerajaan mencaci dan mencemuh pemimpin kita? siapa kita? kita kena ingat mereka ialah pemimpin yang dipilih oleh rakyat, majoriti telah memilih pemimpin kita sekarang untuk menjadi peneraju negara pada masa sekarang.
biar apapun yang terjadi kita sebagai rakyat malaysia harus mempertahankan negara dari ancaman musuh dan bukan menjadi musuh negara, sejak kebelakangan ini kita sering melihat dan mendengar ada segelintir individu yang cuba menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita untuk menjahanamkan kerajaan kita yang sedia ada,pada pendapat saya org sebegini harus ditarik kerakyatannya agar senang kita menganggap mereka musuh dan harus ditentang habis-habisan. jadi kita sebagai rakyat malaysia yang berdaulat harus setia kepada AGAMA BANGSA DAN NEGARA...

salam....

No comments: