Wednesday, December 3, 2008

Ajal Maut Di Tangan Allah S.W.T

KUANTAN: “Saya tidak menyangka perilaku ayah bersama dua adik kembar dan seorang anak saudara yang kelihatan ceria serta berpakaian kemas ketika mahu ke masjid mendengar ceramah agama rupa-rupanya petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya,” kata Hanizam Hanafi, 27.Hanizam anak kepada Hanafi Ibrahim, 67, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24.2 Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran Kampung Sungai Atong di sini, malam tadi.Turut terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu dua anak kembar Hanafi berusia 16 tahun, Abdul Halim dan Abdul Hakim, serta cucunya, Abdullah Sahid Mohd Asri, 14, apabila van Nissan Vanette yang mereka naiki bertembung sebuah bas.Ketika kejadian, bas dari arah Sungai Lembing menuju Kuantan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Van dinaiki mangsa tidak sempat membrek sebelum bertembung dengan bas itu secara berhadapan sebelum terperosok di bawahnya.
Semua mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala seorang mangsa tercampak keluar van.Hanizam yang juga kakitangan penyelenggaraan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkata, dia menerima berita kemalangan itu kira-kira jam 8.30 malam selepas dimaklumkan rakan bapanya.“Arwah ayah dan adik-adik serta anak saudara langsung tidak menunjukkan perubahan sikap sebelum ini. Cuma mereka kelihatan ceria ketika mahu bertolak ke Masjid Sungai Lembing selepas solat Maghrib.“Sebenarnya, ayah tidak pernah ketinggalan mengikuti ceramah agama di masjid berkenaan setiap malam Rabu. Lazimnya, ayah ditemani ibu, Zainun Sulung, 60.“Malam ini (tadi), ibu tidak dapat ikut ayah kerana demam. Oleh itu, ayah ditemani dua adik kembar dan anak saudara yang menuntut di Sekolah Agama Tahfiz, Bukit Besi, Terengganu, yang pulang ke rumah kerana cuti sekolah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.Katanya, kali terakhir dia bertemu empat anggota keluarganya itu pada petang semalam ketika mereka beramai-ramai menikmati minum petang di rumah Hanafi di Felda Panching Selatan, di sini.Menurut Hanizam, bapanya yang membuat dan menjual keropok tidak berniaga pada hari kejadian kerana hujan.“Sebelum ini, ayah sangat gembira kerana baru menerima kehadiran dua anggota keluarga baru berikutan perkahwinan adik lelaki dan perempuan saya, dua minggu lalu. “Apapun, saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

1 comment:

sueyaniemc said...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Amin