Tuesday, December 2, 2008

ISA Tidak Dipinda atau Dihapuskan

PUTRAJAYA,: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna. ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam, katanya. “Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.Menurut Syed Hamid kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Undang-undang negara itu K.Shanmugam dan dalam pertemuan itu isu ISA turut menjadi antara agenda perbincangan. “Kedua-dua negara tidak kesal mempunyai ISA sebagai undang-undang pencegahan kerana ia dapat mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

2 comments:

GELIgeli said...

Mumbai,bangkok..tak ada ISA..tengok apa jadi..

CIVIC Power said...

ISA tempat tahanan pada mereka yg extreamist dalam propaganda yang mereka wujudkan yang boleh buat Malaysia @ dunia jadi haru-biru.
Untuk menjaga keamanan dan kententraman kenela diorang2 yang sebegitu disumbat bagi "cool"..

Wallahualam..