Monday, January 5, 2009
'Bakal pengantin' samun pengurus butik RM20,000
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Suptritendan Nordin Mustapha memberitahu, dalam kejadian itu, pasangan terbabit datang ke butik berkenaan pukul 9 malam berpura-pura bertanya mengenai pakej perkahwinan kepada pengurus butik itu.
Beliau berkata, kedua-dua mereka bagaimanapun keluar dari premis itu kononnya untuk berbincang mengenai tawaran pakej tersebut sebelum datang semula kira-kira 10 minit kemudian.
"Ketika itu suspek lelaki masuk ke dalam premis dan disusuli dua lagi rakannya, manakala wanita terbabit menunggu di luar premis tersebut," katanya.
Menurutnya, suspek terbabit kemudian mengeluarkan pisau pemotong sayur dan meminta pengurus butik berusia 38 tahun itu bersama dua pekerja wanita dan dua pekerja lelaki berusia 18 hingga 26 tahun supaya tidak membuat bising.
Katanya, suspek juga meminta dua pekerja wanita membuka rantai leher dan gelang tangan yang dipakai dan sebelum melarikan diri suspek turut mengambil komputer riba serta wang tunai mangsa terbabit yang berjumlah lebih RM3,000
hahahah...duit dah takde nie lah koje nye....kawen nak....tapi duit tarak....elok lah tu...itu bukan menantu..itu hantu...hahahahahaha..so nasehat aku kepada bakal pengantin kat luar sana...kumpul la duit b4 korang sume tawen...beringat sebelum kena dan amalkan budaya jimat cermat....
Monday, December 29, 2008
Anak Berbohong...
KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.
Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.
Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.
Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.
Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.
Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.
Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.
Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.
Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.
Mengapa berbohong?
Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.
Takut
Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.
Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.
Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.
Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.
Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.
Perlukah saya menghukum?
Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.
1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.
2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.
3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"
Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.
Tuesday, December 16, 2008
Kereta oh Kereta
haaa sekarang nie,kerajaan yang diperintah oleh parti DAP,PAS dan PKR nak tukar kereta..dasyat tol diorang nie,banyak pulak duit kerajaan negeri nie ek??skg nie diorang nie x pikir ke yang toyota camry tu mahal satu hal,alatganti dia bukan kecik-kecik anak harganya,nak belagak la konon nye kerajaan negeri punya exco naik toyota camry...yang saya heran nye mane kerajaan negeri dapat duit banyak tu nak beli toyota camry dan ada ke ahli-ahli yang berhormat tu kepentingan dalam membeli kenderaan tersebut??ini kerajaan kene siasat nie...heheheh...kalau x silap saya,perbandingan kos pembaikkan antara Perdana V.6 dan Toyota Camry,Toyota tu lagik mahal...mane diorang dapat duit tu????itu saya xnak komen pasal tu biar la diorang yang berkenaan yang siasat...hehehehe....pada saya elok la pakai kenderaan buatan malaysia kerana itu akan menunjukkan semangat cintakan negara dan sayangkan negara....tak gitu??so senang cite Lu Orang Ada Otak, Lu Pikir La Sendiri....
salam...
Wednesday, December 3, 2008
Misteri???
penantian selama dua tahun bersama suami, Mohd Fazli Samsudin, 27, untuk menimang cahaya mata pada awal bulan ini lebur apabila doktor sebuah pusat perubatan swasta mengesahkan tiada bayi dalam rahimnya selepas beberapa kali membuat imbasan.
Difahamkan, Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera di Kuala Lumpur dan dijangka melahirkan anak pada 29 November lalu.“Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor tiada bayi dalam rahim saya selepas membuat imbasan. Sukar untuk menerima kenyataan bayi yang saya kandung selama ini hilang begitu saja.“Kerana tidak berpuas hati, saya dibawa ke pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan sama, namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita tidak mengandung,”
Dia yang tidak dapat menerima kenyataan itu terkulai layu sebelum pengsan kira-kira 15 minit dan sebaik sedar hanya mampu meratapi kehilangan bayinya.Nurul Shuhada berkata, dia yang merancang melahirkan anak sulung di rumah ibunya turut menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kuala Muda kerana berdekatan kampung suaminya selepas kembali dari Kuala Lumpur pada 21 November lalu sebelum diarah melaporkan diri di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.Katanya, sebelum kejadian, dia tidak berasa perubahan ketara cuma lenguh pada anggota badan selain perut memulas dan mendakwa pernah mengalami beberapa kejadian pelik.“Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih di tepi badan seolah-olah sedang menyusu dan ia sentiasa mengusap badan saya.“Kejadian ini berlaku selama tiga malam berturut-turut dan selepas itu, saya demam panas selama sebulan dan terpaksa berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan,” katanya.Katanya, banyak kejadian berlaku kepadanya termasuk seorang bomoh wanita pernah memintanya menjaga bayi dalam kandungan dengan elok kerana ada orang berminat mendapatkannya.“Ketika di Kuala Lumpur, saya beberapa kali membuat imbasan dan doktor mengesahkan saya mengandung dan bakal menimang bayi perempuan,” katanya.Katanya, walaupun sukar menerima kenyataan itu dia tetap reda ketentuan Tuhan yang mungkin ingin mengujinya.Sementara itu, Mohd Fazli yang bertugas sebagai anggota tentera bergegas pulang dari Kuala Lumpur, kelmarin selepas dimaklumkan isterinya dan masih terkejut dengan berita itu.Katanya, dia yang tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung terpaksa memendam sedih selepas sering kali melihat pergerakan bayi dalam kandungan isterinya.“Setiap hari saya memegang perut isteri untuk merasai pergerakan bayi dan ada kalanya saya meletakkan telinga pada perutnya.“Namun, saya pasrah menerima kejadian ini dan segala persiapan yang dilakukan sejak tiga bulan lalu kini tinggal kenangan,” katanya yang bertugas di Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak.Dia berharap isterinya bersabar dan berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral kepada mereka.
jadi kepada ibu2 dan bapa2 kat luar sana tu ingat,kita sebagai hamba Allah nie perlu Redha ape yang telah terjadi kepada diri kita dan keluarga kita, lagi 1 teman nak pesan, ingat Jangan sekali-kali kita membuat perjanjian dengan Syaitan ataupun Iblis,kerana Allah telah berfirman bahwa Syaitan dan Iblis adalah musuh yang nyata bagi manusia....jadi syaitan nie mcm2 taktik digunakan untuk menyesatkan manusia...takziah kepada keluarga mangsa....
salam..
Ajal Maut Di Tangan Allah S.W.T
Van dinaiki mangsa tidak sempat membrek sebelum bertembung dengan bas itu secara berhadapan sebelum terperosok di bawahnya.
Semua mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala seorang mangsa tercampak keluar van.Hanizam yang juga kakitangan penyelenggaraan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkata, dia menerima berita kemalangan itu kira-kira jam 8.30 malam selepas dimaklumkan rakan bapanya.“Arwah ayah dan adik-adik serta anak saudara langsung tidak menunjukkan perubahan sikap sebelum ini. Cuma mereka kelihatan ceria ketika mahu bertolak ke Masjid Sungai Lembing selepas solat Maghrib.“Sebenarnya, ayah tidak pernah ketinggalan mengikuti ceramah agama di masjid berkenaan setiap malam Rabu. Lazimnya, ayah ditemani ibu, Zainun Sulung, 60.“Malam ini (tadi), ibu tidak dapat ikut ayah kerana demam. Oleh itu, ayah ditemani dua adik kembar dan anak saudara yang menuntut di Sekolah Agama Tahfiz, Bukit Besi, Terengganu, yang pulang ke rumah kerana cuti sekolah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.Katanya, kali terakhir dia bertemu empat anggota keluarganya itu pada petang semalam ketika mereka beramai-ramai menikmati minum petang di rumah Hanafi di Felda Panching Selatan, di sini.Menurut Hanizam, bapanya yang membuat dan menjual keropok tidak berniaga pada hari kejadian kerana hujan.“Sebelum ini, ayah sangat gembira kerana baru menerima kehadiran dua anggota keluarga baru berikutan perkahwinan adik lelaki dan perempuan saya, dua minggu lalu. “Apapun, saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.


