Thursday, February 26, 2009

Lagi² Negeri Perak

salam sumer...haaaa ni ada maklumat terbaru kepada pembaca blog aku,hehehehe hari nie aku nak bagi tau korang sumer yang kerajaan Negeri Perak sekarang yang dipimpin oleh BN adalah sah disisi undang²...kenapa aku cakap mcm tu,kepada pakar undang² sila rujuk undang² tubuh kerajaan negeri perak:-
1.FASAL 16(2)(a)
2. FASAL 16(6)
3. FASAL 18(2)
4. FASAL 16 (7)

dan perlembagaan persekutuan seksyen 47(a)

kalau korang rujuk mungkin korang boleh tahu sah or tidak kerajaan negeri skg..

mengikut tafsiran aku:-

1. Fasal 16 (2)(a)

- sekiranya terdapat satu parti yang mempunyai sekurang-kurangnya 30kerusi Dewan Undangan Negeri, maka mereka ini boleh mohon perkenan DYMM untuk menubuhkan kerajaan negeri,

Pakatan Rakyat:
PAS
DAP
PKR

keitga-tiga gabungan parti tersebut telah mempunyai lebih dari 30 buah kerusi dan layak untuk membentuk kerajaan Negeri itu pun setelah perkenan DYMM

BN:
MIC
MCA
UMNO
GERAKKAN

keempat-empat gabungan parti tersebut tidak mempunyai 30 buah kerusi dan tidak layak untuk membentuk kerajaan negeri

(di atas adalah situasi selepas PRU-12)

2. Fasal 16 (6)

- sekiranya MB dan barisan Exco tidak mempunyai kepercayaan sebahagian besar oleh ahli dewan, maka MB dan barisan Exco perlu mempersembahkan perletakkan jawatan beliau kepada DYMM akan tetapi jawatan itu masih lagi disandang sekiranya DYMM membubarkan DUN

3. Fasal 18 (2)

- Keputusan DYMM adalah mengikut budi bicara berdasarkan undang² ialah:
a. Lantikan Menteri Besar
b. Keengganan memberikan perkenan untuk pembubaran DUN

4. Fasal 16(7)

- Menteri Besar boleh memerintah selama mana atas keredha'n DYMM

5. Seksyen 47(a)

- seseorang yang mempunyai kuasa untuk melantik, maka beliau turut mempunyai kuasa untuk memecat


undang² di atas merupakan undang² tubuh kerajaan Negeri dan perlembagaan Persekutuan,mmg dalam perlembagaan tubuh kerajaan negeri tidak memperuntukkan pemecatan MB akan tetapi DYMM telah membuat keputusan mengikut Seksyen 47(a).DYMM juga memecat menteri besar dibawah peruntukan undang² Fasal 16(2)(a), fasal 16 (7), dan fasal 18(2), jadi pemecatan MB dari Pakatan Rakyat adalah sah di sisi undang² serta perlantikkan MB baru juga turut sah di sisi undang²..

kalau para pembaca tidak berpuas hati,sila ajukan ketidakpuasan hati tuan² dan puan² dalam komen dan insya'allah saya akan menjawabnya mengikut garis panduan undang² dan kemampuan saya..

sekian semoga maklumat ini memberi panduan kepada anda semua dalam memahami keadaan politik di negeri perak ini....

salam...

Thursday, February 19, 2009

Lagi Politik Di Perak

salam sumer...
haaa kali nie cite best...aku yakin korang sume banyak dengar cerita ttg politik negeri perak nie....aku bukan ape aku dah lama kumpulkan pendapat dan hari nie aku nak kongsi bersama pendapat yang aku dapat...ok 1st skali aku nak cite pasa 2 org ADUN yang lompat parti tu....korang x rasa ke ada cerita di sebalik tabir???diorang ada kes,dan kalau disabit kesalahan,mereka ini akan dihukum penjara,tapi pada pendapat aku la, diorang sertai BN adalah untuk mendapat pertolong kepada pihak atasan untuk menggugurkan tuduhan tersebut....pada aku itu mungkin agenda diorang, tapi lantaklah diorang..yang kene penjara nya diorang...hehehehe..ni kes BEKAS MB perak nie yang x sedor diri,dah la kene pecat dengan Paduka Seri sultan Perak, pastu nak saman plak sultan aku heran btol la..manusia jenis nie aku boleh sifatkan seperti anjing menyalak bukit,biar lah ape pun dia buat,kalau Tuanku x berkenan dia jadik MB ape dia boleh buat??hak perlantikan MB diberi penuh kepada DYMM Sultan, ada la sesetengah pihak yang mempertikaikan kuasa DYMM Sultan Perak,diorang nie sape??ape hak iorang??diorang xda akal yang waras ker???budak² darjah 1 pun paham kalau Sultan berhak melantik MB, Sultan juga berhak melucutkan jawatan MB tersebut...kalau baginda dah x berkenan dengan MB tersebut la....aku amek contoh mudah je...dalam sebuah rumah ada suami (Tuanku) dan isteri kan???so diorang ni ada pembantu rumah yang menguruskan hal ehwal rumah tu,tetibe je pembantu(MB) rumah tu hilang kepercayaan dari anak² (rakyat) untuk menjaga diorang...so si suami (sultan) x berkenan dengan pembantu rumah tu,so dia pecat pembantu rumah tu dan lantik pembantu rumah yang disukai anak² (rakyat) dan pembantu rumah baru (MB BARU) tu mendapat majoriti yang banyak dalam keluarga majikannya,so pada pendapat korang lah layak ke x si suami tu memecat MB lame tu...????

so lagi sekali aku letakkan 1 yanda tanya yang besar atas kepala korang khususnya pihak PAS DAP dan PKR..korang ada otak korang pk lah sendiri......


next time aku nak bubuh yang lain pulak,biar korang nie berpikir sikit....

salam..tggu kemunculan maklumat baru...

Thursday, February 5, 2009

Politik Perak

salam semua...adusss lame benor aku nie bercuti dari bukak blog nie..xpe² hari nie aku nak komen sikit pasal Politik kat Perak nie..heheheh....seperti yang korang sedia maklum yang keadaan politik kat Perak nie dah jadi kucar-kacir + kelam-kabut huhuhu..tapi xpe aku dengan konfiden nye mengumumkan B.N akan amek balik negeri Perak nie, mengikut sumber-sumber yg amat² dipercayai, DYMM Sultan Perak telah menganggap BEKAS MB PERAK (korang kenal) telah gagal dalam memimpin negeri perak dan beliau telah kehilangan kepercayaan dari kalangan ahli² exco beliau...kita imbas kembali, mula² YB Nasaruddin lompat parti..pastu masuk balik BN a.k.a UMNO,kat sini korang dapat tgk betapa rapuhnya pendirian YB tersebut?? pada pendapat korang yang membaca post ni, korang beri la pendapat korang dalam komen ok??pastu kita tgk pulak 2 org BEKAS EXCO, ape kes yang diorang nie isytihar keluar dari parti masing² dan menjadi calon bebas??aku rasa la ada la cerita disebalik tabir...yang tu korang pikior sendiri la...aku x nak cakap t aku pulak yang kene...hehehe....pastu pulak ADUN Jelapang, yang tu pun isytihar keluar parti, yang minah tu aku x tau ape masalah dia dalam parti....mengikut sumber aku la, ketiga-tiga ahli EXCO tu dengar ceritanya majlis ahli² exco negeri perak x suka ngan diorang, aku x tau la ape yang diorang da buat sampai kroni² diorang x suke...mungkin depa da tau yang bakal terjadi dalam politik negeri perak atau pun dirang ada buat salah...yang 2 dari PKR tu mula² senyap jer...pas nama diorang keluar n disebut-sebut dalam media, bari la nampak batang idung..ni mesti ada kes dalaman nie....alih² sokong B.N, korang x pelik ker???dah nama pun Politik....kat sini aku suka sangat nak bubuh kata² ahli pikior dari luar negara kita nie...manusia nie umpama haiwan dalam politik...aku x tau kenapa dia cakap mcm tu aku da lupa...heheh maklumlah belajr sekerat jalan...tapi tu lah kalau korag pikir² sendiri la kan kenapa politik perak nie jadi mcm "bihun"(serabut) punca nya ialah MB kita MELAYU tapi di khabarkan dia nie TELUNJUK exco² yang gilekan harta, yang nak melingkup kan negeri Perak nie....sudahnye deliau digelar MB BONEKA...wakakakaka...ada jawatan tapi dok jadi Boneka Exco² Sengal tu...kalau aku jadi korang la kan aku pangkah B.N coz cube korang tgk ek (kajian aku):

BARISAN NASIONAL:
UMNO
MCA
MIC
GERAKKAN
(duduk bawah 1 NAMA, ape nama tu??BARISAN NASIONAL)
asas perjuangan sume same

* yang terlupa tu sowi la....

PAKATaN RAKYAT:
PKR
DAP
PAS

yang ni, walaupun 1 bendera tapi asa perjuangan x same, mane x jahanam negeri, yang seko nak buat tu yang seko lagi x bagi..mcm mane nak memerintah???

aku heran kenapa la ada yang sanggup gadaikan AGAMA & BANGSA demi kepentingan diri sendiri...aku ingat la kalau org yang mementingkan diri sendiri ni kan korang x payah undi la coz TIDAK MUSTAHIL negara kita ni pun sanggup dia jual...sudah nyer kita jadi ape??jadi sengal, x tau mane nak duduk dah...

jadi korang pikir la sendiri...bak kata Nabil:

LU ORANG ADA OTAK LU PIKIR LA SENDRI!!

SALAM..

Thursday, January 15, 2009

Salah Serang???

BANDAR GAZA - Pekarangan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza dibedil oleh meriam tentera Israel semalam menyebabkan tiga orang cedera.
Seorang jurucakap PBB, Chris Gunness menyatakan bangunan itu dibedil dengan peluru yang dipercayai mengandungi bahan kimia fosforus.
Bangunan yang dibedil itu digunakan oleh PBB untuk menyelaras kerja-kerja operasi bantuan di Genting Gaza.
Pekarangan bangunan itu dijadikan tempat perlindungan oleh ratusan penduduk daripada serangan Isrel.Bangunan itu turut menempatkan sekolah dan pejabat.
Serangan itu berlaku ketika Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon tiba di Israel bagi melakukan misi mewujudkan satu gencatan senjata antara Hamas dengan rejim Zionis.
Gunness berkata, sebanyak tiga bedilan yang mengandungi bahan fosforus mengenai pekarangan bangunan PBB.
Bahan itu boleh menyebabkan tubuh mereka yang berada berdekatan akan terbakar.
Gunness turut memberitahu pekerja-pekerja PBB gagal memadamkan kebakaran dengan menggunakan alam pemadam api.
Sebelum ini, tentera Israel menafikan menggunakan peluru mengandungi fosforus.
Bagaimanapun, akhbar Times di England mendedahkan berpuluh-puluh penduduk Palestin di Gaza menderita akibat tubuh mereka melecur kerana bedilan fosforus.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Israe, Ehud Barak sempat menyatakan kepada Ki-moon bahawa bedilan di bangunan PBB itu merupakan satu kesilapan.

Sunday, January 11, 2009

Israel serang penempatan awam

GAZA - Tentera Israel menjadikan kediaman orang awam di kawasan yang paling padat dengan penduduk di Gaza sebagai sasaran terbaru semalam.
Dibantu sejumlah helikopter tempur dan kereta kebal, tentera Israel mula memasuki timur dan selatan bandar Gaza dalam operasi memburu pejuang Hamas dari rumah ke rumah.
Pejuang-pejuang Hamas memberi tentangan dengan membedil peluru mortar dan antikereta kebal bagi menghalang kemaraan askar-askar Israel itu.Beberapa pegawai perubatan memberitahu, separuh daripada 27 mangsa yang terkorban dalam pertempuran hari ke-16 semalam merupakan orang awam.
Menurut mereka, angka korban Palestin sejak Israel melancarkan serangan keatas Gaza pada 27 Disember lalu mencecah 869 orang dengan kebanyakan mangsa merupakan orang awam.
Di Israel, kerajaan negara itu menyatakan sejumlah 13 rakyatnya iaitu 10 anggota tentera dan 13 orang awam maut setakat ini akibat bedilan roket Hamas.
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert ketika berucap kepada kabinet negara itu dengan angkuh memberitahu bahawa operasi ketenteraan di Gaza semakin berjaya mencapai matlamatnya.Namun, Olmert yang enggan mematuhi resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan tidak menetapkan tarikh khusus bagi Israel berundur dari Gaza.
Seteru Olmert, Khaled Meshaal yang memimpin Hamas juga menyatakan kerajaan Hamas di Gaza tidak akan menerima gencatan senjata itu sehingga Israel terlebih dahulu berundur dari Gaza dan membuka semua lintasan sempadan.
Di Amerika Syarikat (AS) pula, bakal Presiden Barack Obama berkata, konflik di Gaza bakal menjadi agenda utama dan beliau akan mencari jalan penyelesaian sebaik sahaja dilantik secara rasmi sebagai Presiden AS.

Israel serang penempatan awam

GAZA - Tentera Israel menjadikan kediaman orang awam di kawasan yang paling padat dengan penduduk di Gaza sebagai sasaran terbaru semalam.
Dibantu sejumlah helikopter tempur dan kereta kebal, tentera Israel mula memasuki timur dan selatan bandar Gaza dalam operasi memburu pejuang Hamas dari rumah ke rumah.
Pejuang-pejuang Hamas memberi tentangan dengan membedil peluru mortar dan antikereta kebal bagi menghalang kemaraan askar-askar Israel itu.Beberapa pegawai perubatan memberitahu, separuh daripada 27 mangsa yang terkorban dalam pertempuran hari ke-16 semalam merupakan orang awam.
Menurut mereka, angka korban Palestin sejak Israel melancarkan serangan keatas Gaza pada 27 Disember lalu mencecah 869 orang dengan kebanyakan mangsa merupakan orang awam.
Di Israel, kerajaan negara itu menyatakan sejumlah 13 rakyatnya iaitu 10 anggota tentera dan 13 orang awam maut setakat ini akibat bedilan roket Hamas.
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert ketika berucap kepada kabinet negara itu dengan angkuh memberitahu bahawa operasi ketenteraan di Gaza semakin berjaya mencapai matlamatnya.Namun, Olmert yang enggan mematuhi resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan tidak menetapkan tarikh khusus bagi Israel berundur dari Gaza.
Seteru Olmert, Khaled Meshaal yang memimpin Hamas juga menyatakan kerajaan Hamas di Gaza tidak akan menerima gencatan senjata itu sehingga Israel terlebih dahulu berundur dari Gaza dan membuka semua lintasan sempadan.
Di Amerika Syarikat (AS) pula, bakal Presiden Barack Obama berkata, konflik di Gaza bakal menjadi agenda utama dan beliau akan mencari jalan penyelesaian sebaik sahaja dilantik secara rasmi sebagai Presiden AS.

Bush tolak permintaan serang Iran

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menolak beberapa permintaan Israel pada tahun lalu untuk memperoleh bekalan senjata dan kebenaran melancarkan serangan terhadap Iran, lapor sebuah akhbar semalam.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang wartawan New York Times, David Sanger dalam satu artikelnya yang disiarkan semalam.
Sanger berkata, Israel memohon kepada White House pada awal tahun lalu untuk menyerang kompleks nuklear utama Iran.
Israel juga memohon bom khas untuk memusnahkan kubu dan peralatan mengisi minyak pesawat serta kebenaran menggunakan ruang udara Iraq bagi menyerang Iran.
"Bagaimanapun, permintaan itu ditolak kerana White House bimbang sekiranya AS dilihat membantu menyerang Iran dengan membenarkan ruang udara Iraq digunakan oleh Israel.
"Washington bimbang perkara itu akan mencetuskan kemarahan sekali gus menyebabkan tentera AS diusir dari Iraq," katanya.
Projek pengkayaan uranium Iran menimbulkan rasa kurang Israel kerana ia didakwa boleh menjadikan negara itu kuasa nuklear dunia.
Namun Iran menyatakan program itu adalah untuk menjana tenaga elektrik.