Tuesday, March 31, 2009

Blaster

salam,

dalam dunia blogger skg nie ada juga penyamun² yang tak sedar diri... hak dan tanggungjawab kerajaan untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat agar rakyat menyokong kerajaan...ini tidak ada yang menghentam kerajaan, org mcm nie x pernah bersyukur dengan nikmat dan keamanan yang Allah kurniakan kepada negara kita Malaysia dibawah pimpinan kerjaan yang sedia ada sekarang nie...tak payah jauh kita ambil masa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, apa pembangunan yang dibuat??? dapat rezeki sebesar zarah pun tak reti nak bersyukur org pakatan ni...pada pilihanraya yang lalu, detik menantikan keputusan siapa yang boleh membentuk kerajaan di negeri Perak keputusan rasmi belum lagi di keluarkan penyokong pembangkang (PAS) telah menyerbu bangunan kerajaan negeri perak jam 1 pagi dengan alasan tak mahu MB lama membawa keluar fail sulit...mana perjuangan yang di laung-laungkan oleh PAS??mana??kalau kita Islam sejati jam 1 hingga ke 4 pg adalah masa yang paling sesuai untuk kita melakukan ibadah...ini tak, penyokong terus menyerbu bangunan kerajaan negeri perak, ini ke perjuangan ISLAM????

pembentukkan kerajaan pakatan rakyat telah "berjasa" kepada masyarakat Perak dengan kes rahsuah di Perak tengah, , tunjuk perasaan di jalanraya, baring tengah jalan, halang kenderaan DYTM Raja Muda Perak, dsb...persoalan...itukah ISLAM??? kenapa Paduka Seri Sultan Perak Dipersalah kerana tidak mahu membubarkan DUN?? yang mempertikai tindakan Paduka Seri Sultan Perak tu korang sape???kesah dulu juga yang pembangkang kaitkan dengan UMNO yang derhaka kepada sultan dulu, kenapa pembangkang tidak kaitkan dengan isu bekas MB derhaka??kenapa saja nak bangkitkan kemarahan penduduk negeri Perak??kenapa??pembangkang nak samakan BN dan PR pernah derhaka pada Tuanku??mcm tu?? "Patik Mohon Derhaka" <----- ayat ni umpama seorang anak yang mohon dehaka kepada ibunya yang melarang anaknya membuat perkara yang buruk....setahu saya tiada ayat " Patik Mohon Derhaka" dalam istana, kalau salah tolong kemukan pembetulan..

sedarlah wahai penduduk malaysia, tanpa parti Perikatan dulu, kita tidak akan mencapai kemerdekaan dan pembangunan yang dok ada skg nie, kita harus bersyukur dan memberi sokongan kepada kerajaan yang sedia ada untuk terus memberi yang terbaik kepada kita semua selagi ia tidak menyuruh rakyat melakukan perkara² mungkar....

sekian...

5 comments:

nEmO said...

wah wah...semangatnya kamu.tahniah

Anonymous said...

Ish,ish. Sah penyakit dalam AMENO. Takut dikritik dan tak mampu nak terima. Kata alu-alukan komen. Bila dah komen delete pulak. Hehe klako la weh. Patut la byk wartawan dalam Utusan Meloya & Berita Hairan tertekan dlm berkerjaya sbg wartawan. Bukan senang nak men-'soleh'kan semua berita supaya nampak semuanya baik di sisi AMENO dan cacat cela bg org lain.

Inilah masalah besar dalam AMENO. Kritikan adalah haram dan menyesatkan walau pun bertujuan baik untuk penambahbaikan. Itu pasal, dari teruk menjadi lebih teruk. Semua jadi kakak tua. Angguk jangan tak angguk!

Pembangunan, pembangunan. Itu je yg jadi ratib kome. Nanti dalam kubur soalan tu ke yg akan ditanya. Berapa kilometer dah highway yang kome buat? Berapa banyak bangunan tinggi pencakar langit yang kome dah bina? Berapa banyak tapak-tapak pesta hiburan yang kamu dah sediakan? Sejauhmana hiburan yang kamu martabatkan. Percayalah wahai saudaraku. Sikit habuk pun tak akan ditanya.

Sedarlah wahai sahabatku. Waktu yang Allah bagi dah tinggal tak banyak mana. Tanda-tanda kiamat pun dah hampir sangat. Bertaubatlah. Jom sama-sama kembali ke jalan Allah. Yakinlah bahawa perjuangan AMENO yg saudara agung-agungkan ini sangat-sangat menyimpang jauh dari landasan yang benar. Kamu kata kamu perjuangkan agama. Tapi hakikatnya habis ulama-ulama kamu gam. Rancangan agama diganti dengan rancangan hiburan dan filem/drama yang melalaikan. Masjid-masjid kamu halang daripada digunakan untuk penyebaran ilmu. Nk berdakwah pun kena permit? Perlu lesen? Ada dak Rasulullah suruh gitu? Bukankah Rasulullah suruh sampaikan walau satu ayat? Cuba tunjuk mai rujukan mana yg AMENO pegang? Hasilnya habis anak-anak muda dah tak kenal agama. Budak-budak kecik bila ditanya agama apa, makan dijawab Islam Hadhari. Astaghfirullah.

Kamu kata perjuangkan bangsa. Apa yang kamu dah buat untuk bangsa? Dah berapa banyak tanah warisan pusaka untuk bangsa kamu telah kamu jualkan kepada bangsa-bangsa asing. Sejauh mana nasib bangsa terbela? Opps.. Adakah bangsa AMENOPUTRA yang kome maksudkan? Kalau gitu mungkin terbela kot. Tapi yang kome bawah-bawah ni for sure dapat bhg tahi-tahi je lah kot. Yg lain semua dh disebat org2 atas kamu. Apa yg jelas bangsa ini makin lama makin layu. Makin hilang harga diri.

Kamu kata kamu perjuangkan bahasa? Cess. Ngigau ke kamu? Kalau betul kamu ada perjuangkan, takkan tokok-tokoh sasterawan negara sanggup melawan & menentang? Pigi dah. Kalu ginilah cara kamu membela bangsa, silap haribulan lagi 10 tahun tk der org yg kenal Bahasa Melayu.

Apa lagi? Kamu kata perjuangkan negara? Hahaha... tengoklah tak lama lagi. Negara Republik Singapura akan dapat tanah baru. Lagi besar plak tu dari yg ada skarang.

So apalagi? Wahai saudaraku, jap lagi sebelum tidoq, jom pakat muhasabah. Betoi ka perjuangan aku nih? Redhakah Allah nanti dengan perjuangan aku ni? Betul ke perjuangan yang aku ikut ni sama seperti apa yg Rasulullah seru?

Allah bagi kita akal, untuk digunakan secara bijaksana. :-)

akatsuki said...

UMNO tidak bersalah tapi org yang duduk dalam UMNO tu yang salah..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga...so saya minta pendapat kepada semua pembaca blog saya untuk menambahbaik UMNO, bukan umat didalamnya..

Anonymous said...

UMNO tidak bersalah tapi org yang duduk dalam UMNO tu yang salah..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga...so saya minta pendapat kepada semua pembaca blog saya untuk menambahbaik UMNO, bukan umat didalamnya..

Saya bersetuju dengan pendapat saudara. AMENO mmg x bersalah. Sbb nk kata dia ni makhluk pun bukan, hidupan pun bukan. Tp org yg Allah kurniakan akal, 'berjuang' dengan panji-panji AMENO tu lah yg mcm saudara sebut sebagai nila-nila. Bukan setitik, bapak segala nila ada dalam tu.

http://www.youtube.com/watch?v=d1pIMK2fhy4

Kalau dah saudara kata AMENO tak bersalah kenapa nak tambah baik AMENO pulak. Org2nya seperti saudara-saudara yg terpengaruh dengan bapak2 nila ni yang perlu diingatkan (juga sambil mengingatkan diri sendiri). Maklumlah nama pun insan (pelupa) kan. Pada pendapat saya, tinggi sungguh cita2 saudara nak 'menyucikan' AMENO. Walhal, saudara hanyalah sebentuk buih dalam jutaan buih-buihan.

Kalau kita imbas balik peristiwa Hijrah Rasulullah, apa punca Allah turunkan wahyu supaya Baginda berhijrah ke Madinah? Adakah disebabkan salahnya buruknya hinanya Makkah? Tentu tidak. Puncanya ialah Makkah dihuni oleh org2 Musyrikin yg sentiasa menghalang mengugut menyekat seruan Baginda ke jalan Allah. Jadi nak dipendekkan cerita berhijrahlah. Kalau kita rasakan atau belum jumpa satu badan / organisasi yg terbaik, maksum carilah yg kurang mudharat. Ni kira habih2 lekeh la.
Baginda pun Allah bagi peluang 13 tahun saja, takkan kita ni yg dah terbukti AMENO tak betoi lebih separuh abad pun tak reti2 nk bukak mata lagi.

Ish, ish, ish.. Kalau lah lembu boleh berkata-kata, malu kita tuan-tuan.

Sebenarnya byk benda yg saudara timbulkan yg perlu saya jawab & perjelaskan. Tp dh trlampau byk sgt, nnt jd lebih panjang dr entri saudara ni pulak.

p/s: kalau ikutkan bisikan nafsu, malas dah saya nak bukak blog saudara ni. Tp sbb saya sayangkan saudara seagama saya ni, saya pn coretkan jugak la sedikit sebanyak, mudah2an hati saudara terbuka utk melihat yang mana satu yg hak yg mana satu yg batil. Jgnlah dgn sedikit habuan yg saudara terima di dunia, masa depan harapan, tagih rayu kita utk ke syurga Allah kita korbankan.

Wallahua'lam.

akatsuki said...

terima kasih atas keperihatinan saudara..