Saturday, March 28, 2009

Sikap Pengundi Bukit Gantang

salam semua,

semalam saya ada menghadiri majlis penyampaian Lesen Nelayan di kg Menteri, penerima seramai 67 org semuanya nelayan, bukan sahaja kaum melayu sahaja yang dapat tapi kaum cina pun ada yang dapat, tapi disini bukan saya ingin ceritakan pasal lesen tu tapi saya nak cerita sikap pengundi di kawasan Kuala Sapetang...saya ada menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang semasa sebelum penamaan calon, pembangkan kini bijak bermain dengan isu, nak tau ape yang di hasutnya penduduk?? ni dia.." kalau kerajaan bagi apa pun ambil lah..ambil dengan senyuman, kita belakon depan mereka, tapi kita mau undi apa?? undi BULAN" itu yang mereka katakan....agak² pembacalah kan, ape cara nak buat untuk BN nie tambat hati kaum cina di Kuala Sapetang??saya mati akal dah nie...tak tau nak buat mcm mana...jenuh depa duk p kampen, tapi hakikatnya depa sokong lain....tak sakit hati ke???bukan tu saja, ada makluamat yang mengatakan bahawa ada di kalangan parti pembangkang sendiri telah menyertai UMNO tapi mereka pangkah BULAN gak...yang nie lagi bahaya, UMNO sukar nak kesan sape yang tali barut Pembangkang, agaknya tidak keterlaluan jika saya sama kan mereka yang jadi tali barut ini seperti komunis..zaman dulu ramai yang jadi tali barut komunis kerana telah terhasut dengan perjuangan komunis, sama gak keadaan nya sekarang...so kepada pihak pembangkang tu toksah lah nak bermuka-muka...korang tu org melayu, takkan melayu dengan melayu nak bergaduh kot...kaum lain tgk je korang nie bergaduh..diorang suka korang tau tak...kita nie berpecah belah, senang diorang nak ambil tanah kita ni....

cangkat Ibol plak fanatik ya amat, cangkat ibol tu mmg kubu kuat pihak pembangkang, tapi pengundi² kat cangkat Ibol tu guna la otak sikit, ni korang same korang nak gaduh,sampaikan satu ketika bendera BN tak boleh naik langsung, korang nie zalim tau tak??ape salah penduduk yang menyokong BN???yang korang nak pergi marah diorang pulau diorang tu ada ke dalam islam suruh kita buat mcm tu???korang pergi buka 30 juzuk al-quran tu ada tak dalam tu tulis kita boleh menzalimi sesama manusia??korang nie sebenarnya tak sedar diri, lupa daratan, korang sekolah dulu sape bagi??anak² korang pergi universiti tu, sape yang bina universiti tu??kalau takda kerajaan sekarang saya ingat lah anak² kita nie duk kampung la jadi nelayan, jadi petani dsb...itu korang cakap kerajaan x bagi ape²???saya alu-alukan pembangkang membuka blog saya dan menjawab penulisan saya ni..

saya bukan nak hentam sesapa, cuma saya sedih, dah berbagai-bagai benda kerajaan bagi untuk kemudahan kita dan keluarga kita serta seluruh masyarakat di negara ini,kenapa masih ada diantara kita nie tak sedar diri dan lupa budi baik orang, sedarlah wahai seluruh penduduk di bumi bertuah Malaysia ni, kalau bukan kerana UMNO,MCA dan MIC, kita tidak akan mencapai kemerdekaan dan kita tidak akan mengecapi kemajuan yang ada sekarang nie...salah orang kita nampak, salah sendiri???korang ada otak korang pk lah sendiri..

sekian..

1 comment:

Tenang said...

Depa tu pikiaq cagha lama. Kalau depa tak mau berubah biaq depa rebah.